tumpang gembira..

Selasa, April 21, 2009

selingan berita 'gelap' yang pasti tidak akan disiarkan melalui media perdana..



Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira pada 19 April lalu.

Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
hidayah Allah tidak membezakan bangsa dan warna kulit.. mudah mudahan jiwanya akan terpikat pada keindahan Islam, insya-Allah. wassalam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails