mukhriz masuk kabinet.. positif?

Jumaat, April 10, 2009

kata tun mahathir..

"dia akan dapat menjalankan tugas dengan baik. saya harap dia akan menangani masalah dalam pemberian permit import (AP) kepada mereka yang menjual AP."




kata teman blogger..

jika dilihat pada masa yang lalu, FTA dikaitkan dengan rafidah aziz (AP Queen) dan kemudiannya muhyiddin yassin (Mat Sembab). FTA hangat diperkatakan semasa rafidah aziz berkuasa di dalam MITI.

di korea selatan, FTA ditentang hebat hingga membabitkan ratusan ribu susuk tubuh rakyat korea selatan di jalan raya. ini kerana para petani dan nelayan di sana, faham benar dengan FTA. hal ini berbanding dengan masyarakat kita. media kerajaan tidak mendidik masyarakat sebaliknya lebih menekankan propaganda picisan (murahan) oleh pihak-pihak tertentu.

secara umumnya, FTA itu suatu bentuk dagangan bebas dan ia sebenarnya boleh membentuk suatu penjajahan sistematik di bahagian ekonomi dan sekali gus negara itu sendiri. apabila bekalan makanan negara digantung-harapkan 100% pada barangan import. contoh mudah, cili di malaysia jumlahnya sedikit dan mahal. berbanding dengan cili dari china. petani cili akan gulung tikar apabila rakyat malaysia bertumpu pada produk china. secara tak langsung juga, bekalan cili orang malaysia akan berubah hala ke negara china. cili kita dijajah? cili kita belum merdeka?

ini mungkin belum bahaya, kerana tidak semua orang makan cili. tetapi apa akan jadi dengan malaysia, jika produk tadi ialah beras atau pun barangan harian utama yang lain?

umum tahu, siapa itu mahathir.

mampukah anak perasuah nombor satu ini menjamin masa depan kita semua?

mampukah anak orang yang memfitnah orang itu liwat dan orang ini liwat memegang amanah negara?

mampukah anak diktator yang memperalatkan sistem kehakiman malaysia ini bersikap telus?

saya khuatir dengan masa depan rakyat malaysia, khusus bagi yang tiada tanah untuk menghasilkan bekalan makanan di masa-masa akan datang.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
tidak salah untuk kita berwaspada.. dan tidak juga salah untuk kita berbaik sangka. fikir-fikirkanlah demi kebaikan bersama. wassalam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails