WiFi hotspot sdn. bhd

Sabtu, Februari 28, 2009

kepada individu yang mempunyai sambungan 'broadband' di rumah (streamyx, penangfon, dsb), tahukah bahawa anda mampu menjadikan rumah anda sebagai zon WiFi hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran besar (restoran mamak terutamanya), kafe siber dan lain-lain.

Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran, anda dapat menyiapkan WiFi hotspot sendiri dengan mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
gagal selepas mencuba itu lebih mulia sifatnya dari berjaya tanpa sebarang usaha. wassalam.

niat vs hakikat

Jumaat, Februari 27, 2009

sekadar renungan yang perlu difikirkan bersama ...


niat nya bermula begini,


komen tun dr. mahathir ;
saya sayangkan bahasa saya. sejak 1947 lagi saya telah memperjuangkan bahasa saya. bukanlah niat saya untuk mengenepikan bahasa dan bangsa saya apabila saya membuat keputusan untuk menggunakan bahasa inggeris di dalam (m/pelajaran) sains dan matematik. niat saya ialah sebaliknya. niat saya ialah supaya bangsa saya tidak ketinggalan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik yang begitu penting dalam menentukan maju/mundurnya sesuatu bangsa. niat saya ialah supaya bangsa saya akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang termaju di dunia.


hakikat nya pula begini,


komen cikgu fadzil ;
sebenarnya, isu ini bukan isu bahasa, tetapi isu perlaksanaan. perlaksanaan yang terlampau drastik dan berpolitik sukar untuk diterima masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. pihak yang bertanggungjawab (kerajaan pusat) perlu lebih peka terhadap penerimaan rakyat terhadap sesuatu polisi dan implementasi.



nota dari sayaseekorarnab ;
bagaimana persepsi anda? ulas jika terasa prihatin. wassalam.

salam rabiul awal

Khamis, Februari 26, 2009

posting ini lahir dari seruan tok malau...
ayuh bersama zahirkan rasa cinta dan kasih kita kepada baginda s.a.w yang sangat berjasa...

judul lagu : wahai kekasih (kaulah segalanya) ~ muat turun ~
judul album : nasyid nostalgia memori the zikr
artis : nazrey johani
terbitan : inteam records sdn. bhd


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
benar kata tok malau, bahawa sesungguhnya kecintaan kepada baginda s.a.w merupakan ukuran keimanan kita kepada yang esa. wassalam.

change the mood

Selasa, Februari 24, 2009

adiWidget™ is the static image to be put at the corner of your web. it can be used to give the mood of your web with any image that you want. all of the items here are free!

so, enjoy then ...




how to use adiWidget?

1. right click mouse and go to properties
2. copy the image url

example url for the first image :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY93H4se038Nx8tIyxPtjlVzSXNLgmA0nvc9Yguh3uvS4XSmxattBaS2G7qO1bLfypxRZl0W80vZRopl3NlpQIEV8F5appArvXMszC92fJaNHtwrSyy-PvlnIJnQniNYkmrzkiMLhrBj2J/s200/welcome_57.png

3. generate adiWidget code here: http://adiwidget.com/adiCode.htm
4. paste the code in your html before the < /body> tag. ~ tutorial link ~


nota dari sayaseekorarnab ;
bukan mempromosi, sekadar berkongsi. wassalam.

pedulikah anda?

jika benar anda seorang muslim yang amat menitik beratkan nilai kemanusiaan sesama insan, maka anda harus bertindak 'bijak' ketika berbelanja. perkara di bawah hanya sebagai alternatif dari sayaseekorarnab. ayuh bersama kita ambil peduli.




nota dari sayaseekorarnab ;
sila ambil peduli mulai sekarang. jika anda belum faham, ayuh ke sini.


tingkatkan ilmu, mantapkan amal

Sabtu, Februari 21, 2009



muslimin dan muslimat dijemput hadir !!!

tepuk dada, tanya iman

Khamis, Februari 19, 2009

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi pada bulan Januari yang lalu. Hayati kebenarannya.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dahsyat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut berasa sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat mensedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil mengheret lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua makhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan. Biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata : "Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, dan diberikan kepada penduduk di sana?"

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. "Ya, bagaimana hendak membawa lembu tua itu ke Gaza?", soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah. Apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah... bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka", ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan. Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi suasana seketika.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea : "Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu untuk disedekahkan kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi: "Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut mensedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu", katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata kegembiraan.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya. Hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin (Gaza) akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis Israel, biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.


nota dari sayaseekorarnab ;
kisah ini telah disusun semula daripada cerita timbalan mursyidul am pas, dato' haron din kepada harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah arab.

dari pena datuk seri

kisah benar yang semua rakyat perlu tahu, terutamanya bagi rakyat negeri perak tercinta.

klik di sini


nota dari sayaseekorarnab ;
link di atas merupakan posting dari mb halal

bina word cloud tersendiri

Rabu, Februari 18, 2009

sangat menarik dan mudah untuk membinanya sendiri. sila ke sini untuk mencubanya.


(word cloud blog sayaseekorarnab.com)


cabaran dari sayaseekorarnab ;
untuk semua "bloggers" skap, sila pamerkan word cloud blog masing-masing pada post di blog anda. sahut cabaran ini sebagai bukti bahawa anda memang seorang "blogger".. wassalam.

adun titi serong masuk bn?

Selasa, Februari 17, 2009

(drs. khalil idham lim)


semalam saya ada ceramah penerangan di markas pas tanjung piandang, yang terletak di dalam dun titi serong. ceramah itu dibuat selepas selesai solat maghrib dan berakhir hampir jam 9.15 malam. setelah itu kami bersembahyang isya' berjemaah.

selepas solat, saya mendapati banyak panggilan masuk dalam keadaan saya "silent" kan deringan telefon sejak sembahyang maghrib lagi.

sebagaimana biasa, saya menghubungi semula nombor-nombor tersebut. salah seorangnya, seorang kawan baik dari ipoh. dalam nada yang bersungguh-sungguh ingin tahu serta bagi mendapatkan pengesahan segera, beliau bertanya betulkah saya sudah masuk bn? katanya orang di ipoh sudah hangat berbicara mengenai berita itu.

saya dengan nada terkejut (rasa marah, geram dan lucu mula timbul di dalam hati) dengan spontan berkata, "bagitau orang yang kata saya masuk bn, saya nak rm50 juta, sekarang orang baru tawar rm45 juta, minta tolong dari dia tambah lagi rm5 juta."

dengan jawapan itu, dia terus tergamam dan mula yakin itu cuma khabar angin dari orang yang tidak bertanggung jawab.

sakit perut dibuatnya. kata orang indonesia, "waduh pak, jantungan jadinya.. goblok."


nota dari sayaseekorarnab ;

perbualan antara tiga sahabat

selami kisah benar yang dialami oleh forumer uo, bergelar ibnuhusin ;


(foto sekadar ilustrasi)


ketika aku sedang mengeteh (minum teh) di sebuah kafe ngan puteri bongsu aku, selepas selesai membuat mykadnya.. maka terdengar dari meja sebelah yang aku sangat yakin dari kalangan penyokong umno sedang berbual agak keras bunyinya. di sini aku catatkan beberapa rangkap perbualan yang perlu kita fikirkan bersama.

pemuda A : baru depa tau bn dah dapat balik. dulu bukan main lagi.

pemuda B : baru pr rasa langit tinggi rendah. nizar dah kempunan nak rasa naik camry.. tak puas lagi.. hahahah.

pemuda C : yang pelik tu, dap boleh beri jawatan mb kat pas.. pelik jugak.

pemuda B : ye la.. dap dah lebih kerusi.. tapi depa pakat setuju beri kat pas dengan perkenan sultan.. boleh sepakat pulak depa tuh.

pemuda A : huh!! (dengan nada angkuh), kalau jadi kat umno jangan harap laa.. kalau kita lebih, itu hak kita.. mca ka mic ka, depa kena akur laa.. (sambil pekena roti canai).

pemuda C : oii!! korang lupa ka? masa umno menang kat penang dulu, napa kita kena beri kat gerakan?? ha.. jawab laa!!

masa tu aku sesekali jeling kat depa.. mungkin depa perasan kot tapi aku buat dek jer.

pemuda C : kalau camtu, dap lagi baik dari umno laa.. hahahah.

pemuda A : apa laa.. ngko ni tak dak semangat melayu laa..

pemuda C : betoi apa!! dua kejadian yang sama tapi matlamat berbeza. kerana sikap toleransi umno bagi penang kat gerakan, dap bagi perak kat pas.. ish, hilang semangat aku.

pemuda B : oii!! dah dekat pukul 10.40 pagi ni.. jom masuk kerja.

aku pun habiskan roti canai ngan kuah sardin. anak aku asyik dengan buku yang baru aku beli.. mamak!! kira sini", " wokey!!".


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
buka minda, jernihkan jiwa.. pasti kebenaran yang dicari akan muncul. wassalam.

masanya sudah tiba

Isnin, Februari 16, 2009


ya. dengan kepesatan pembiakan virus-virus durjana terhadap sistem operasi windows, maka sudah sampai masanya kita beralih arah kepada sistem operasi linux yang lebih selamat dan popular, dikenali sebagai ubuntu. dan jika anda seorang muslim, maka disyorkan oleh sayaseekorarnab supaya menggunakan ubuntu me (muslim edition).



jika berkeinginan untuk mengadaptasi sistem operasi ubuntu me ini bersama-sama dengan sistem operasi windows (bermadu) kepada komputer anda, sila nyatakan pada kotak pesanan sayaseekorarnab. kadar caj yang dikenakan serendah RM30 (bergantung pada situasi semasa).

suami pemalas yang digilai

Ahad, Februari 15, 2009


anda seorang suami yang pemalas? amalkan kaedah di bawah, dan pastinya anda akan menjadi suami yang digilai kaum wanita...

suami pulang ke rumah dengan muka yg masam, lalu berkata "abang malas nak cari perempuan lain. awak seorang dah cukup abang sayang".

suami pulang dari bank lalu berkata "abang malas nak pegang duit gaji. sayang pegang lah duit ini".

selepas makan malam, suami berkata "abang malas nak keluar rumah malam-malam ni. baik abang duduk rumah dengan sayang".


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
marahkan anak jika dia bersikap pemalas. tetapi kasihkan suami jika dia seorang pemalas... ok?
wassalam.

jauhi valentine

Sabtu, Februari 14, 2009

antara simbol-simbol penting perayaan ini ;

menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam festival-festival utama mereka yang lain.


menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, "cinta spiritual" orang-orang pagan ataupun "cinta" orang-orang kristian. oleh kerana itu ia dikenali sebagai festival kekasih.


menghantar kad-kad ucapan. pada sesetengah kad-kad ini terdapat gambar "cupid" (seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa busar dan anak panah). ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan rom.


menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas. sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia selalunya mengandungi ungkapan "jadilah valentineku". ini mewakili konsep kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.


di kebanyakan negara-negara barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut ketika waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan perempuan, dan tari menari. kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang mereka cintai.


nota dari sayaseekorarnab ;
kandungan info di atas dipetik daripada blog saudara ustaz nasrudin tantawi.
wassalam.

animasi malaysia, wajah malaysia

Khamis, Februari 12, 2009

geng: pengembaraan bermula!


ini yang kita nantikan selama ini. ramai yang melihat kata-kata yakin pengarah filem animasi geng ini bahawa untuk mengaut kutipan rm10 juta sebagai suatu yang tidak mustahil. klip di bawah membariskan pelakon suara yang terlibat untuk filem animasi ini ;





kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
sama-samalah kita menyokong filem animasi tanah air sendiri. 

sila ambil perhatian

Rabu, Februari 11, 2009

jika anda beragama islam, maka sila jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim dengan melakukan perkara di bawah ;


FLAG BLOG DURJANA INI

www.adibahahmed.blogspot.com


ayuh kita pastikan supaya blog durjana ini terus ghaib sebelum ia meracuni fikiran umat islam yang lain sehingga menjadi murtad.

nota dari sayaseekorarnab ;
sedikit panduan sebagai pedoman,

- klik flag blog ( di atas sebelah kiri)
- tandakan hate or violence
- klik continue (sebanyak 2 kali)
- klik submit

semoga usaha anda diredhai allah.

muslimat diberkas

Selasa, Februari 10, 2009

berita yang diterima sebentar tadi, muslimat yang dikehendaki polis berkaitan dengan perhimpunan di masjid ubudiah, kuala kangsar tempohari telah diambil polis di rumahnya yang terletak di lubuk merbau, kuala kangsar pagi tadi. anda boleh melihat video yang menunjukkan penglibatan dan keberanian muslimat tersebut di bawah ;





kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
dalam perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa pejuang itu sendiri. kita doakan keselamatannya bersama.

santai bersama melissa

dua jiwa, satu rasa.




komen dari sayaseekorarnab ;
sekadar video santai pilihan (mungkin sahabat tok malau).

cebisan pesanan mb halal

Ahad, Februari 08, 2009


pesanan kepada seluruh rakyat negeri perak

saya merayu kepada seluruh rakyat negeri perak supaya janganlah bertindak di luar batasan. apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

terimakasih kepada semua rakyat negeri perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak


nota dari sayaseekorarnab ;
petikan di atas dipetik dari gelanggang tko .

poster terpilih di changkat jering

Sabtu, Februari 07, 2009

mmm...


upin dan ipin pasti berkata,
"betul betul betul !"

suara rakyat, suara keramat

Jumaat, Februari 06, 2009

mungkin ramai yang tidak ambil pusing peristiwa politik semasa yang sedang menggegarkan negeri perak. sedutan video youtube ini cukup menggambarkan suasana kehangatan yang dirasa. saksikan bersama...





kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
persiapkan diri bagi menghadapi gelombang kebangkitan rakyat semula.

bila niat menderhaka mula menggamit


mulanya memang berniat untuk menderhaka. namun, ulasan seorang insan dari gelanggang tko benar-benar telah mendamaikan jiwa. berikut merupakan petikan ulasan tersebut ;

"tu la korang x tahu... tindakan sultan ada hikmahnya...

mmg sengaja sultan buat mcm tu wpun baginda tahu yg baginda tiada hak utk pecat n suruh mb letak jawatan.... psl law2 nie sultan lg bijak dr forumers kat sini...

significant nya ialah sultan nak rakyat tgk betapa kemaruknya umno nak kuasa... supaya rakyat benci kat umno... sbb sultan pun dah lama benci kat puak2 nie...

esok sultan akan overturn balik keputusan hari ini berdasarkan undang2 tubuh negeri...

pastu pilihanraya akan diadakan balik.... br la umno akan kena tko... tunggu la esok yee... betul x aper yg aku ckp nie."


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
rehatkan minda dengan berprasangka baik. moga segalanya kembali makmur.

anda mampu bergaya

Selasa, Februari 03, 2009

bukan mencari untung berganda. hanya membuka peluang kepada anda untuk bergaya atau mencari pendapatan sampingan sebagai agen jualan.


info material ;
- jaket korporat bersaiz dari s - xxxl.
- 2 pilihan warna (hitam pekat, biru gelap) .
- satu sulaman nama serta logo (jata, kpm, jpn dll) diberikan secara percuma.
- harga promosi bernilai RM55 sahaja.
- tempahan diterima walaupun kuantitinya sehelai.

berminat ;
hubungi sayaseekorarnab melalui kaedah pilihan anda pada bila-bila masa.

kepanasan politik di perak

Ahad, Februari 01, 2009

petikan penjelasan yang bernas dari forumer yang bergelar aramzi...

"rasanya ramai yang kurang faham mengenai isu 2 orang adun perak meletak jawatan. ramai yang memuji 2 orang adun ini bermaruah kerana meletak jawatan daripada lompat menyertai bn. di sini dijelaskan sedikit sebanyak kronologi perletakan jawatan tersebut

pru ke 12, pr menang di perak. semua adun pr menandatangani surat meletak jawatan adun. surat tersebut tidak bertarikh. disimpan oleh sultan perak.

prk permatang pauh, pkr menang.

prk kuala terengganu, pas menang.

bn mula menggelabah, mencari idea untuk menguasai perak lalu merancang menarik 2/3 adun keluar dari pr. tapi sebaliknya berlaku, apabila adun bn sendiri dari bota yang menyertai pr. kehilangan 2 adun pr menimbulkan spekulasi bahawa mereka mungkin dipaksa terlibat dalam sebuah konspirasi. untuk maklumat, kes kononnya rasuah yang melibatkan 2 orang adun ini akan dibicarakan pada 10 feb ini. faktor kemungkinan untuk mensabit / menyahsabitkan kesalahan boleh dijadikan ugutan kepada 2 orang adun pr ini. sebentar tadi, pm dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa terdapat beberapa orang adun pr di perak yang akan lompat menyertai bn pula.

namun yang berlaku, surat perletakan jawatan (yang telah ditandatangani dari awal) oleh 2 orang adun pr tersebut telah diserahkan kepada speaker dun perak dan telah diterima pakai. maka kedua-dua buah kerusi adun tersebut telah digantung serta merta."


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
ini namanya kebijaksanaan berpolitik. harta dan kuasa tidak mampu menandingi akal dan kebijaksanaan.

Related Posts with Thumbnails