koleksi pilihan sayaseekorarnab ...

Jumaat, Januari 30, 2009

bayangkan anda ingin menghantar sesuatu fail@folder kpd seseorang melalui internet.
namun, dia tidak punyai sebarang akaun emel. lebih dasat lagi anda pun belum mendaftar sebarang akaun emel.
apa langkah terbaik yang anda fikirkan?
kaedah penyelesaian yang disyorkan oleh sayaseekorarnab ialah dengan mengunjungi link senduit ini ;



antara kelebihannya ;
- tidak perlu mendaftar
- kapasiti fail@folder dibenarkan sehingga 100mb
- boleh tentukan masa tamat untuk dimuat turun
- tiada sebarang caj dikenakan (percuma lor)

anda akan menerima satu url setelah proses selesai. berikan alamat url tersebut kepada penerima, dan dia boleh melaksanakan proses muat turun di mana2 komputer yang punyai sambungan internet.
moga anda berjaya mengaplikasikannya. wassalam

Jangan kecam Israel

setuju dengan pernyataan di atas?

sayaseekorarnab sangat bersetuju sekali. alasannya kerana ;

asal usul perkataan dan istilah israel ini ialah dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). istilah israel mengikut bahasa ibrani bermaksud orang yang berjalan di malam hari. hal ini kerana baginda selalu mengembara dengan memulakan perjalanannya pada waktu malam manakala pada hari siangnya baginda menghabiskan masa dengan berehat dan membuat persediaan untuk perjalanan berikutnya pada waktu malam kelak. begitulah asal-usul nama israel itu.

sepatutnya yang perlu dikecam ialah 'bani israel', atau lebih mudah kita label sebagai zionis. ayuh perbetulkan situasi ini. hebahkan pada mereka yang belum mengalaminya.

bisikan dari sayaseekorarnab ;
jangan kecam israel, tetapi kecamlah 'bani israel' @ zionis laknatullah! wassalam.

status kemaskini (100.1%)

Khamis, Januari 29, 2009

bismillahhirrahmanirrahim.
alhamdulillah, segala yang dirancang melompat mengikut rentaknya. maka bermulalah episod pertama sayaseekorarnab sebagai seorang blogger.

ayuh kita hayati kisah ini sebagai induksi ;
hakikat kejadian alam nyata menyaksikan bahawa sang arnab punyai musuh ketat yang digelar sang musang. namun, berlainan pula kisahnya pada kejadian alam maya yang menyaksikan sayaseekorarnab mampu bersahabat baik dengan si musang api.

percayakah anda?

bagi membuktikan perkara ini, sayaseekorarnab menyampaikan tips supaya anda yakin bahawa si musang api memang boleh dipercayai persahabatannya...
ini tips nya! wassalam.

status kemaskini (93%)

Sabtu, Januari 24, 2009

proses kemaskini kian selesai, kini sayaseekorarnab tidak lagi menggunakan domain blogspot, sila update bookmarks anda kepada www.sayaseekorarnab.com. sekiranya terdapat cadangan atau pendapat untuk menambahbaikkan lagi blog ini, sila maklumkan melalui ruangan komen ataupun anda boleh terus sampaikan di ruangan 'pesanan untuk saya'.

sayaseekorarnab kali ini membuat beberapa pengubahsuaian serta penambahan ruangan. pengubahsuaian susunatur lebih terampil serta berkonsepkan riang ceria pasti membuat anda sentiasa selesa. antara ruangan terkini seperti profil saya iaitu ruangan biodata peribadi, kalendar aktiviti pula memaparkan jadual aktiviti berkala dan di ruangan album pula dimuatkan dengan gambar2 peribadi GTF untuk tatapan pembaca.

penceritaan harian atau pandangan peribadi pula di ruangan diari, ruangan kempen bakal memuatkan poster2 kempen rekaan GTF dan koleksi peribadi bakal membekalkan 'bahan2' keperluan komputer anda. terima kasih kerana sudi bertamu di sini, sila datang lagi. wassalam.

kempen semasa

Khamis, Januari 22, 2009


Kebiadaban bani Israel ditentangi dengan memboikot sumber asetnya.

koleksi peribadi

Ahad, Januari 18, 2009

mutiara hadis :
seseorang akan berterusan mendapat ganjaran baik dari Allah sekiranya semasa hayat beliau ;
sentiasa memberi sedekah jariah,
menyebar ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan,
berjaya memimpin anak2 menjadi hamba Allah yang soleh.

koleksi kes pertama :
belum punyai sbrg antivirus?
antivirus kurang efisien?
err, penah dengar nama kaspersky?
apa? selalu berhadapan mslh
blacklisted key..
ok. terima bantuan dari sayaseekorarnab..
klik pautan di sini .
moga berjaya dan bebas dari permasalahan rekaan dunia.


koleksi kes kedua :
pelbagai folder misteri muncul?
pelayar selalu meminta sambungan ke internet secara paksa?
emm, kemungkinan besar si trojan & spyware sedang membiak di dalam sistem..
ok. terima bantuan dari sayaseekorarnab..
klik pautan di sini .
moga berjaya dan bebas dari permasalahan rekaan dunia.




profil peribadi saya

Khamis, Januari 01, 2009


Info Profil daGTF :

Nama : Fadzil Asmat b. Abd. Shukor

Jawatan : PPPLD DGA29

Tempat Lahir : Tg. Piandang, Perak

Tarikh Perlantikan : 17 Januari 2000

Tarikh Pengesahan : 1 Disember 2002

Tarikh Skim Berpencen : 1 Ogos 2003

Kelulusan Akademik : SPM

Kelulusan Ikhtisas : DPM

Opsyen : Matematik & Peng. Melayu


Info Keluarga daGTF :

Nama Isteri : Suriati bt. Abd. Shukor

Pekerjaan : Suri rumah

Bil. Anak : 3 orang

Nama Anak : Durrani Fatinah, Insyirah, Khaulah

album online





aktiviti saya

Related Posts with Thumbnails