mencurigakan??

Selasa, Mac 31, 2009

kata mat saleh..

windows XP is a line of operating systems produced by microsoft. the name "XP" is short for "experience".
kata sorang mamat nih pula..

try korang gi website nih dan taip "XP"..

http://www.chemie.fu-berlin.de/

agak mencurigakan ye tak? ntah ler labu..


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
beralihlah kepada sistem ubuntu muslim edition. dapatkan ia di sini. wassalam.

ubat penenang!!

Isnin, Mac 30, 2009

pujangga bersyair ;

"senyuman itu kelopak.. tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.."

fakta mengenai senyuman ;

apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke bahagian otak.

senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri.

senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan boleh menjadi penyebab kepada sakit jantung.

selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri menyatakan 'senyuman itu satu sedekah'. senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. senyum tidak memerlukan modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hati insan lain. selain ia mampu menyejukkan hati yang sedang marah, ia juga mampu untuk memulakan pertalian sesebuah ikatan.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
senyuman ibarat satu pemandangan indah. senyuman berseri mampu menarik orang lain mendekati dan merasai apa yang ada di dalam diri seseorang. contohnya boleh didapati di sini. wassalam.

suara rakyat.. suara keramat!!

Ahad, Mac 29, 2009

pakatan rakyat bloggers team marches into battlefield...
please find available links listed below and bookmark it for your convenient.

Barisan Rakyat Bloggers Team

MalaysiaToday
The People's Parliament
DelCapo
Zorro Unmasked

BloggersNetwork@Perak Team

Al-Banjari
Perisik Rakyat
PerakExpress.com
Dugong Darat
UmmiAnni
Pak Karamu
CyberBoron

Barisan Sarawak Bloggers Team

SarawakHeadhunter
The Broken Shield
Audie61

Dayak Nation

Borneo Warrior
Dayak Baru
Teropong Dunia
Letter From Batang Ai
Hornbill Unleashed


nota dari sayaseekorarnab ;
dapatkan info yang telus dan terkini dari blog 'pakatan rakyat' ini. wassalam.

pritttttttttttttt..

wisel pertandingan telah dibunyikan ...


kita pastikan menang bergantang-gantang di BUKIT GANTANG!

kita raihkan kemenangan selamba di BUKIT SELAMBAU!

kita hindari provokasi tegang di BATANG AI!


ayuh para pejuang, kita semarakkan semangat 'lawan tetap lawan' !!!


nota dari sayaseekorarnab ;
moga perjuangan kita diberkati dan diredhai oleh Allah swt. wassalam.

n25 lah pulak!

khabarnya, kemenangan samy vellu yang berjaya mempertahankan jawatan presiden mic buat penggal ke-11 berturut-turut, sememangnya diraikan oleh penyokong pr di bukit selambau. mungkin anda sama (penyokong pr) patut meraikannya ...


ayat seorang anggota mic bukit selambau ;

katanya sentimen pengundi india bukit selambau kini ialah mereka tidak menyukai mic, kerana mic dipimpin oleh samy vellu. jika kepimpinan baru memimpin mic mungkin sentimen pengundi berubah. kini apa pun yang samy vellu buat, orang india melihatnya dengan rasa jengkel dan meluat yang teramat sangat.

"samy memang pemimpin mic, tapi ia aset pkr", katanya lagi, "selagi samy berkuasa, mood pengundi india tetap dengan pkr. orang india sangat benci samy, dia sudah banyak sangat tipu orang india. kalau samy menang presiden mic, saya jamin bukit selambau memang pkr punya!"


nota dari sayaseekorarnab ;
suntingan ini diperolehi dari blog pendikargunung. wassalam.

error 9,916,140.84

Sabtu, Mac 28, 2009

pasti anda tertanya-tanya... "gerangan apakah 'error' tersebut?"


~ gambar sekadar hiasan~


jika ingin tahu isi tersiratnya, sila bertandang ke sini. anda pasti ketemu maksudnya.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga negara kita bersih dari sebarang unsur penyelewengan. ayuh kita ambil peduli. wassalam.

berpesan-pesan..

Jumaat, Mac 27, 2009

katanya...
rangkaian Roti High 5 kami mengandungi 14 jenis vitamin dan mineral untuk memastikan khasiat pemakanan yang seimbang.




dan katanya lagi...
roti High 5 dibuat melalui proses pembuatan roti yang terkini, bersih dan halal untuk menjamin pemakanan yang sihat.

tetapi AWAS... bukti di sini menyatakan sebaliknya.


nota dari sayaseekorarnab ;
bukan niat menabur fitnah.. atau membangkitkan fitnah yang sedang tidur.. sekadar berpesan-pesan sesama taulan. wassalam.

dari sudut perspektif

ahlan wa sahlan ke arena blogger..

Mukadimah Blog Tuan Guru ;

selamat datang ke laman blog saya. di sini anda dapat membaca segala pendapat dan buah fikiran dari saya tentang isu-isu politik, semasa dan agama.
semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, insyaAllah.


nota dari sayaseekorarnab ;
blog TGNA boleh dilayari di sini. wassalam.

earth hour - tutup or buka?

Khamis, Mac 26, 2009

kisahnya mungkin begini ...





kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
setiap perkara punyai sifat pro dan juga kontra. terpulang pada empunya diri masing-masing untuk bertindak. apa yang utama, ikhlaskan niat anda. wassalam.

up to date.. konon!

Rabu, Mac 25, 2009

sedarkah anda dengan program realiti internet terbaru yang dikenali dengan nama "malaysian dream girl"?.. di sini teserlah agenda sebenar rejim yahudi bagi melemahkan umat islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan juga semangat jihad. persoalannya, mengapa ia boleh melibatkan gadis melayu (yang mungkin beragama islam) ?



kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak, kosong jiwa dan hilang jati diri. nauzubillah.

dulu.. kini.. subhanallah!

Isnin, Mac 23, 2009

tidak terjangka oleh akal manusia akan situasi yang berlaku kini. sesungguhnya Dia merupakan sebaik-baik perancang...


dulu & kini


plak khas demokrasi yang dibina oleh pakatan rakyat ini mungkin cuma ratusan ringgit nilainya. namun siapa sangka, setelah ia dimusnahkan dengan kejamnya oleh penzalim, harga nilaiannya bertukar mencecah melebihi jumlah rm42, 000. buktinya ada di sini.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
sehebat mana perancangan licik seseorang manusia, tiada terbanding langsung dengan perancangan penciptanya. wassalam.

calon pilihan anda?

Ahad, Mac 22, 2009


anda mungkin mengenali siapa itu yunalis zarai @ yuna ...

seorang artis bebas (indie) yang dikagumi rata-rata remaja pada masa kini. muncul dengan imej bertudung tidak menghalang beliau menunjukkan bakatnya yang terpendam. masih sebagai seorang pelajar universiti, yuna telah muncul dengan album pertamanya dengan lagu hit ~ dan sebenarnya ~.


akan tetapi ...



anda mungkin kurang mengenali siapa diri aayaat muhammad al-akhras ...

as-syahidah aayaat muhammad al-akhras adalah salah seorang para syahidah yang melaksanakan amaliyyah al-istisyhadiyyah di bumi jihad, palestin bagi melakukan pembalasan atas tindakan-tindakan tidak bertamadun bangsa yang pernah mengkhianati nabi-nabi dan membunuh nabi-nabi mereka.

ikuti detik-detik akhir hayat as-syahidah aayaat muhammad di sini. moga kita mendapat pengajaran bersama, insyaAllah.


nota dari sayaseekorarnab ;
bukan niat untuk membandingkan kedua insan di atas. sekadar menjentik 'minda' supaya sedar dari kelekaan. wassalam.

bye bye M. Fairus Khairuddin!

Sabtu, Mac 21, 2009


walau apa sekalipun alasannya (tkm1 pulau pinang), harap diterima dengan tenang. ayuh kita berbaik sangka. moga penggantinya kelak dapat berperanan lebih hebat lagi berbanding yang lepas. insyaAllah.


nota dari sayaseekorarnab ;
kita lawan tetap lawan!!

ingatan sesama pejuang


Menjelang PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai, petugas-petugas PR perlu bekerja keras dan mengembeling tenaga kerana bukan mudah nak menang kerana kita akan berdepan dengan seluruh jentera kerajaan UMNO-BN dan juga menteri pasola dan hulubalangnya dari negeri Pasir Dua Butir.

Kata-kata Tun Dr Mahathir tentang krisis di negeri Pasir Dua Butir yang disifatkannya tak ikut undang-undang bolehlah dijadikan bahan kempen kita di Bukit Gantang. Tok tak nak ulas panjang kata-kata mantan PM ni, rasa-rasanya kengkawan bloggers boleh paparkan dalam blog masing-masing.

Tabung yang kengkawan bloggers sediakan itu boleh membantu dan melancarkan kempen-kempen mereka kelak. Eloklah kepada para penyokong PR yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan sedikit sumbangan kepada tabung ini.

Sedikit nasihat tok kepada rakan bloggers semua, berhati-hati memaparkan isu dalam blog masing-masing kerana kita sedang diperhatikan. Eloklah dapatkan nasihat peguam atau lebih elok jika PR sediakan barisan peguam untuk membantu mereka. Tok bimbang ada yang akan ditahan dan didakwa di mahkamah.

Rakyat marhain perlukan maklumat dan akhbar harakah dan siasah saja belum memadai. Kepentingan blog, you tube dan lain-lain perlu diambil kira.

Tok nak ulas tentang Bukit Gantang sikit. Setahu tok Bukit Gantang kubu kuatnya sejak dulu lagi. PAS baru je menang sekali dan tok nak pesan yang kita jangan yakin sangat. Kena usaha lebih menangkis serangan daripada media-media totok umno.

Elakkan terlibat dalam segala provokasi yang cuba ditimbulkan oleh anasir yang tak bertanggungjawab dan kalau boleh jangan miss satu rumah pun bila berkempen.

Jika nampak sebarang aktiviti yang cuba mensabotaj kita, rakamkan segera dan jangan sekali-kali bersendirian ketika berkempen atau mengantung poster.

Selebihnya korang semua dah tahu dan yang penting jaga disiplin dan dengar kata pucuk pimpinan. InsyaAllah kita akan menang di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.


nota dari sayaseekorarnab ;
ingatan di atas dipetik dari (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´). wassalam

awas dengan helang!

Jumaat, Mac 20, 2009

rasanya tidak lama lagi kita akan terlihat kelibat-kelibat helang lebuhraya yang dimiliki oleh pdrm. helang yang bermodelkan mitsubishi evolution 10..




kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga setiap perkara dilaksanakan dengan tegas, adil dan berhemah. wassalam.

rilek kejap ar!

Khamis, Mac 19, 2009

berehat sebentar dari pemikiran politik yang makin menggila ketika ini. ayuh blogger, sediakan secawan minuman sambil menghayati kisah di bawah..


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

"Tak apalah dik... abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya... " Nak tak beli kuih saya bang... Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga kita punyai maruah yang terpelihara. jangan sesekali menggadai maruah demi harta yang akan ditinggalkan kelak. ayuh bersama pertahankan maruah 'rakyat' ! wassalam.

bakal potret arkib!

Rabu, Mac 18, 2009

siapa tidak kenal dengan ketua menteri melaka, datuk seri mohd ali rustam. berikut merupakan antara sejarah yang pernah diukirnya pada 8 tahun yang lalu.



MELAKA, 6 April 2000 (Bernama) - Kerajaan negeri Melaka telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata surat pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak syarikat milik agensi kerajaan negeri.

"Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan tidak rasmi seperti melancong atau berziarah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh agensi kerajaan negeri Melaka.


nota dari sayaseekorarnab ;
ketua menteri melaka telah pun menarik balik larangan melawat kelantan ke atas kakitangan awam kerajaan negeri melaka pada bulan disember 2008. wassalam.

selamat ulang tahun kelahiran yob!

Selasa, Mac 17, 2009

sayaseekorarnab mengucapkan ..
"selamat menyambut ulang tahun kelahiran kali yang ke 52 buat dato seri"


moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan memberkati perjuangan dato seri.

moga keimanan dan ketakwaan dato seri terpelihara serta dijauhkan dengan perkara yang buruk dan bertentangan dengan kehendak islam.

moga dato seri dianugerahkan kekuatan dalam mengharungi perjuangan demi menegakkan demokrasi dan keagungan islam di mata dunia.

dan moga dirahmati untuk beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat.

sesungguhnya, "Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(mafhum Ali 'Imran : 134)


insya Allah dan alhamdulillah

takbir!!!

si rempit di p.59

Isnin, Mac 16, 2009

kisah 'lu kena beb !" yang diceritakan oleh seorang kulaan. mari hayatinya bersama..



malam tadi wak turun bandar taiping, hujan masih rintik2 beb! ada hal kena turun ke pusat bandar, pasal nak cari sd card buat ganti memory card e-cam wak yg dah overload. so wak berhenti kat kedai gambar kodak, dekat dengan pasar basah. itu ajer yang wak jumpa malam2 turun bandar, nak cari kedai lain entah jumpa, entah tak.. jam pun dah nak sangat cecah 9 malam. jika dah macam ni punya time, jangan buat pasal nak pilih-pilih kedai, jumpa saja.. belasah jer! lain la kalau nak cari nyah.. hahahaha.. tu kena pilih beb! kena yang muka macam si zambie, atau mr. os, sapa nak jawab!

wak masuk, memang dah nak tutup pun kedai tu. kat dalam ada 1 mamat, umur kurang dari 20 tahun, wak rasa mat rempit. tengok dressing pun memang rempit, wak ingat dia tunggu marka (awek) dia dalam kedai tu nak balik, tapi bukan.. sangkaan wak salah.. ! wak bagi salam.. dia boleh buat bodo saja.. oi.. ni pakcik bagi salam, jawab laa.. awat yang bodoh sgt sampai bagi salam pun tak jawab. apa ?? pasal wak tak pakai kopiah putih malam tu, salam wak tak laku ka ?

dah orang tak mau sambut salam, wak diam saja.. sambil tu mata tengok kiri kanan, tengok dengan pandangan yang kosong. depan wak ada 1 awek cun jugak la.. ralit (leka) dok fotostat, bila wak fokuskan apa yang dia dok fotostat, baru wak perasan, dia dok fotostat borang umno (keahlian), banyak wooo.. ! wak tanya cawangan mana punya.. ? saja buat bangang tanya, walau pun hati menyampah kat mamat ni. dia tak jawab beb ! wak tanya sekali lagi, tapi soklan lain pulak, soklan provok,
"banyak fotostat borang, napa tak bagitau saya, dalam keter tu belambak kalau nak borang.. !" lepas wak cakap macam tu dia pandang wak ! yes.. jerat sudah mau kena ! budak macam ni kalau pandai ayat, dia boleh londeh seluaq dia beb.. hahaha !

baru dia nak jawab, "tak tau bang, tadi depa suruh mai kedai photostat, tu yang mai.. depa nak guna segera malam ni jugak.." "pasal apa nak malam ni jugak ? bukan esok pagi kaa.. ?" wak dah mula syok provok ! "dakkk.. malam ni, tak tau la.. tapi malam ni ada program encik mail (ismail saipan laa..tu) tang mana saya tak tau la.. saya depa suruh mai fotostat saja.. !" "laa.. malam2 macam ni depa suruh fotostat ? duit minyak depa bagi kaa.. ?" "ada.. depa huluq rm 50 hingggit.. !" "ohh.. okay, kalau macam tu takpa.. pasal depa dah bagi, saya tak payah bagi lah, ingat kalau hang kata tak tadi, saya huluq !" macho ajer wak cakap kat mamat ni. walaupun duit dalam poket ngam-ngam saja untuk beli sd card tu.. hahahaa !

kemudian awek cun tu huloq se'bundle' kertas yg dah siap di fotostat. "berapa ?" tanya mamat tu.. "rm 30 saja" jawab awek tu. "nak resit kaa ?" tanya awek tu lagi.. "ya.. yaa ! tapi dalam resit tolong tulis rm 250 ringgit." wak dengar aja dia kata nak tulis banyak tu.. wak terkejut ! pasal apa nak kena tulis rm 250 ? wak tanya.. orang yang suruh dia fotostat, dah arah dia mark up resit macam tu, dia ikut saja. tau la wak ! wak sambung pulak.. "sikit tu.. kalau saya tak main laa.. ratus-ratus, beli paku kokot pun saya tulis rm 1 ribu lebih.." waakkakaa.. ! "ala.. umno banyak duit.." wak provok lagi.. "buh lagi.. sikit tu !" "tak boleh bang ! nanti depa kata saya pulak makan yang lebih tu.. susah saya nak jawab.." "hang makan rm 50 hinggit, depa makan ratus ringgit.. mana aci !" wak pulak dok ajaq budak ni.. hisss ! kemudian henset mamat ni bunyi.. dia nak blah cepat.. katanya. sebelum dia blahh.. dia tanya wak sapa nama, wak pun jawab "ismail sapian.." terkejut beruk mamat ni, kemudian dia pandang atas bawah.. sah.. dalam hati dia.. orang lain tu ! hahahaha.. dia angkat helmet.. dan vrooommm.. berasap beb !



nota dari sayaseekorarnab ;
coretan ini disalin 99% melalui blog kulaan ini. wassalam.

berita gelap

semoga selepas ini, teresa dibukakan hatinya oleh Allah s. w. t untuk mendampingi islam. amin..





berita ringkas ;

pada hari sabtu ulangtahun kerajaan pakatan rakyat di selangor, yb teresa kok, exco kanan selangor merangkap adun kinrara membuat kunjungan ke surau darus salam di batu 13 puchong dan memberi sumbangan sebanyak rm10,000 kepada surau berkenaan untuk membeli pembesar suara laungan azan. selain itu, beliau juga memberi sumbangan rm2,500 kepada pasti (pusat asuhan tunas islam) dan rm2,500 kepada sekolah rendah islam (seri) nurul hidayah di puchong. {sini}


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
mustahil? tiada yang mustahil di sisi Allah s. w. t

tahniah buat nik!

Ahad, Mac 15, 2009

tahniah sayaseekorarnab ucapkan kepada adik nik nor madihah nik kamal atas kejayaan ini. anda telah menambah bukti bahawa pelajar agama mampu bersaing dalam bidang akademik, tidak sebagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang sering memperlekehkan sekolah-sekolah agama. mudah-mudahan anda menjadi contoh kepada generasi ke depan nanti, insya-allah.


sedikit info ringkas ;

pelajar maahad muhammadi perempuan, nik nor madihah nik mohamad kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik spm 2008 peringkat kebangsaan.

anak nelayan dari kampung sabak, pengkalan chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota exco kerajaan negeri, ustaz mohd amar abdullah di sekolah tersebut hari ini. dengan keputusan itu nik nur madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di kelantan dalam peperiksaan terbabit.

difahamkan pegawai jpn melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai yik yang datang mengambil keputusan tersebut. "tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar maahad muhammadi perempuan. apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

mohd amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan. "namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
terbukti bahawa islam tidak pernah melahirkan umat yang jumud. sesungguhnya ilmu, iman dan amal adalah kesatuan yang tak terpisahkan!

2 el (lepak + layan)

Isnin, Mac 09, 2009

klip di bawah hanya sekadar untuk 'mengukir senyuman' sesama rakan. tiada niat untuk menyinggung perasaan mahupun mengaibkan sesiapa. ayuh saksikan bersama..






kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
senyuman yang ikhlas itu lahir dari hati yang tenang. wassalam.

keranda 152

Ahad, Mac 08, 2009

nukilan si 'jiwa rasa' berbunyi begini,



tahun 2001 menyaksikan apa yang disuarakan dan ditentang oleh pejuang bahasa pada tahun 1967 menjadi kenyataan. keranda 152 bagai sudah dipaku rapat dan sedia untuk dikambus apabila bahasa melayu diketepikan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran sains dan matematik di sekolah.

penghujung tahun 2008 mula kelihatan riak-riak pejuang bahasa sudah mula bersuara. selama ini ramai tokoh bahasa melayu yang tenggelam dalam dunia sendiri. seronok sendiri berhimpun membaca puisi yang tidak didengar orang. sibuk mencari melayu di afrika hingga lupakan nasib melayu di tanah sendiri. tambah seronok bila ada yang diberi gelar pendita, lalu khusyuk membilang biji tasbih dan lupa untuk mengambil peranan dalam masyarakat. saat menjelang pilihanraya 2008 yang sepatutnya menjadi medan dan peluang paling penting untuk melobi sokongan kepada perjuangan mengangkat bahasa melayu telah berlalu begitu sahaja.

adakah tahun 2009 akan memahat sejarah sebagai titik perubahan ke arah usaha mengembalikan bahasa melayu ke tempat asalnya?


nota dari sayaseekorarnab ;
tahniah kepada para pejuang bahasa melayu yang berani bangkit untuk berjuang. maaf kerana tidak dapat turut bersama berkumpul dalam gerakan 100 000 rakyat. percayalah, niat kita tetap sama. pada mereka yang belum mengenali apa itu 'keranda 152', sila ke sini ... wassalam.

ala ala 'zombie'

Sabtu, Mac 07, 2009


pembentukan jati diri seseorang insan memerlukan ketabahan dan kesabaran. sekalung tahniah kepada para peserta yang terlibat di dalam kem bina insan (skap). ketahuilah bahawa setiap perkara yang dialami, bisa membentuk jati diri anda ke arah kecemerlangan.



nota dari sayaseekorarnab ;
syabas juga buat para pendidik yang bekerjasama menjayakan kem bina insan ini. wassalam.

ada bran?

Selasa, Mac 03, 2009

persoalan nya...

apakah perisian 'antivirus' yang anda gunakan?
sedarkah anda setakat manakah 'tahap' kehebatan ia?
mampukah ia menangkis serangan-serangan virus yang menyerang hendap?

jawapan nya...

muat turun setan (sampel virus) ini.
uji kehebatan antivirus anda (risiko ditanggung sendiri).

ada bran?


nota dari sayaseekorarnab ;
fail sampel dilindungi kod sekuriti. sila pm sayaseekorarnab menggunakan ym jika benar2 bran. wassalam.

biar betul?

Isnin, Mac 02, 2009

berdebar-debar ketika membaca artikel ini...


terkini : injuksi perhimpunan agung dan pembubaran dun perak

TERKINI : Adakah benar DUN Perak akan diperkenan Sultan Perak untuk dibubarkan. www.umno-reform.com di maklumkan bahawa esok SPR akan bermesyuarat untuk membincangkan hal tersebut. Dimaklumkan kepada kami bahawa pilihan raya serentak dengan pilihan raya DUN yang akan diadakan pada 7hb April 2009. Sungguhpun begitu ini adalah mesej yang kami terima dan kesahihannya belum dapat dipastikan lagi.


TERGEMPAR : Esok jam 1.00pm, sidang media untuk injuksi bagi menangguhkan pemilihan Agung UMNO akan diadakan di One World Hotel Bandar Utama PJ. Makluman ini diterima sebentar tadi.


wallahua'lam.

ceritera seorang guru


aku seorang guru. tugasku yang utama mengajar dan mendidik anak didikku. pengkhususanku agama dan bahasa arab. 'core business' mestilah memastikan ajaran agama diajar, dihayati dan diamalkan. begitu juga dengan bahasa arab, mengkehendaki objektif pengajaran dapat dicapai iaitu memastikan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis berjaya dikuasai oleh pelajar. aku cuba dan bertekad untuk memastikan misi tersebut dicapai.


tetapi apakan daya, aku cuma insan biasa. dalam kesibukan merealisasikan misi, seribu satu macam kerja disuruh lagi. "cikgu sebagai guru penasihat persatuan, kelab dsb perlu memastikan pelajar hadir dan melakukan aktiviti kokurikulum. " cikgu sebagai guru kelas ... (baca seterusnya)



nota dari sayaseekorarnab ;
"syukran jazilan kasira" diucapkan kepada semua guru yang pernah mendidik diri ini. moga jasa kalian dirahmati dan diberkati oleh-nya. wassalam.

jom sertai syokerati!

Ahad, Mac 01, 2009

apakah itu syokerati?

syokerati
ialah nama panggilan yang diberikan kepada semua ahli berdaftar syok.org.

syokerati ialah sambungan dua nama (portmanteau) yang disambung dari syok.org dan literati (bijak pandai).


dengan itu, syokerati bermaksud bijak pandai syok.org.




apakah kelebihan seorang syokerati?
sebagai seorang syokerati yang telah berdaftar (secara percuma), anda layak untuk menikmati segala perkhidmatan yang ditawarkan.





nota dari sayaseekorarnab ;
bukan mempromosi, sekadar berkongsi. wassalam.

Related Posts with Thumbnails