blocked by websense?

Rabu, April 29, 2009

topik di atas tentu merimaskan segelintir guru di sekolah-sekolah yang laluan internetnya dijana oleh schoolnet..

namun kini, ia bukan lagi menjadi sebarang masalah..



perisian yang digelar UltraSurf ini pasti menggembirakan hati..

ingin coba?

muat turun ia di sini..


nota dari sayaseekorarnab ;
moga digunakan ia sebaik mungkin. wassalam.

GVR 4.2 beta..

Selasa, April 28, 2009

tahniah buat bro ApoNie atas pelancaran GVR 4.2 ini.. walaupun masih bertaraf beta, kebolehannya menyokong aplikasi windows vista dan windows 7 cukup menyenangkan hati..


bagi anda yang belum mengenali siapa bro ApoNie berserta perisian GVR, sila berkunjung ke laman rasminya ~ GeeKzLife.Net ~

bagi anda yang ingin mendapat GVR 4.2 versi beta ini, klik di sini..


saranan dari sayaseekorarnab ;
jalankan GVR ini sebagai antivirus kedua pada sistem operasi komputer anda. jangan risau, ia bersifat portable dan tiada konflik terhadap antivirus pertama.. kebolehannya untuk mengembalikan semula folder/fail yang disembunyikan akibat serangan virus memang cukup berkesan!!

virus cik bab..

seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak selsema babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas..



selsema babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru.

simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti sakit selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara..



renung-renungkan :


sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl ~ Ayat 115


antivirus mantop..

Ahad, April 26, 2009

apakah perisian antivirus yang anda guna pakai? bagaimanakah prestasi ia? mampukah mengawal sistem anda dengan baik atau sekadar memberatkan sistem sahaja..


(rating antivirus 2009)


berdasarkan pengalaman, ramai yang tidak akan membayar untuk perisian antivirus ini.. dan tidak ramai yang tahu bahawa sebahagian perisian antivirus ini menawarkan ciri freeware..

antaranya merupakan perisian antivirus bitdefender.. (lihat rating untuk mengetahui tahap kemantopannya)

anda cuma perlu memuat turun, jalankan instalasi (secara online)..

lesen secara sah akan diaktifkan selama SETAHUN..


tunggu apa lagi?

mulakan di sini..


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
antivirus yang terbaik merupakan antivirus yang senantiasa dikemaskini.. wassalam.

d' dream final..??

Jumaat, April 24, 2009

tempoh selama 39 tahun tidak beraksi di sebarang pentas perlawanan akhir merungkai pengalaman terlalu perit buat skuad kelantan.. dan kini, peluang itu muncul semula..

(pilihan pemain terbaik perlawanan akhir)


harus ada perasaan bangga dan mendabik dada buat barisan perwira merah. mereka kini berada dalam situasi semangat juang yang tinggi dan cukup bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan penting sabtu ini..


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
walau menang atau tewas, moga semangat persaudaraan sesama kerajaan PAS (kelantan) dan PKR (selangor) tetap utuh. wassalam.

jom renungkan..

Khamis, April 23, 2009

sekelumit bingkisan buat renungan bersama.. moga dapat direnungi segala isi yang tersurat malah tersirat tanpa sebarang rasa prejudis..





nota dari sayaseekorarnab ;
bingkisan video ini merupakan hasil rakaman peribadi sendiri. wassalam

masyuk bangat..

well, kat sekolah tadi blogger mat lanun minta bantuan untuk bantu dia cari bahan sempena slot ceramah LDP (isu ~ keselamatan jalan raya) dia ari sabtu nih..

so tadi reronda kat youtube da terjumpe ngan iklan selingan nih.. masyuk beb..





wa tau dia minat sama ngan Sivaji d Boss..

kasi tayang iklan selingan nih bagi gempak!! har har..



nota dari sayaseekorarnab ;
entri yg rileks sket.. jiwa sikit kcau sbb pc bru format daa..

tumpang gembira..

Selasa, April 21, 2009

selingan berita 'gelap' yang pasti tidak akan disiarkan melalui media perdana..



Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira pada 19 April lalu.

Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
hidayah Allah tidak membezakan bangsa dan warna kulit.. mudah mudahan jiwanya akan terpikat pada keindahan Islam, insya-Allah. wassalam.

sila ambil pusing..

PERHATIAN ; tolong jangan isi minyak dengan tekanan PAM YANG LAJU..


PPIM mendakwa jika menggunakan tekanan pam yang laju, minyak yang dikeluarkan akan berkurangan..

Noor Nirwandy (Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia) berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan."

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.


nota dari sayaseekorarnab ;
mungkin selepas ini kita perlu mengisi minyak ketika hari hujan / pada waktu malam sahaja. tidak rugi bukan? wassalam.

jangan ego!!

Isnin, April 20, 2009

walau tiada paras rupawan.. namun,

rasanya, tiada siapa bakal menyangka bahawa insan di atas mampu menawan jiwa dan minda makhluk yang egois..

Susan Boyle, wanita berumur 47 tahun ini juga telah berupaya menarik tontonan seramai 30 juta penonton youtube dalam masa kurang dua minggu sahaja..

tontoni video tersebut di sini..


nota dari sayaseekorarnab ;
bukan menyokong industri sebegini, cuma mengajak minda untuk berfikir secara mendalam akan tanda kebesaran dan keagungan Allah s. w. t. wassalam.

coba kau coba..

Ahad, April 19, 2009

alhamdulillah, mampu juga semalam menghadiri sesi ceramah ilmu yang disampaikan oleh saudara Dr. Danial b Zainal Abidin (pencetus minda muslim super)..

yang menarik untuk dikongsi bersama ialah, beliau mengatakan bahawa nasi bukan makanan utamanya.. kerana baginya nasi itu ibarat racun.. (namun jika dihidangkan, beliau akan menjamahnya tetapi tidak akan menambahnya lagi).

dan menurut beliau lagi, makanan utamanya sejak kecil ialah timun / mentimun..

mari kita kaji, apa sebenarnya khasiat yang terdapat pada sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu..

timun ada pelbagai khasiat & penawar. kebanyakan orang suka memakannya kerana ia dianggap dapat menyejukkan badan. sebenarnya, timun kaya dengan kandungan mineral. ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & vitamin c.

berdasarkan kandungannya, tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab kepada beberapa jenis penyakit. yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali di dalam darah kita.

jika mengalami sembelit, ia dapat diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari. kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. jika jus dicampurkan dengan perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik & artritis. bijinya pula kaya potasium. cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan membuang air kecil.

baca lagi di sini..


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
jangan khayal dengan kenyataan 'nasi itu ibarat racun', tetapi marilah manfaatkan khasiat yang terkandung pada timun / mentimun. ayuh amalkan minuman jus timun / timun susu. wassalam.

makin berbisa..

Sabtu, April 18, 2009

informasi TERKINI !!!



SPEAKER Perak, V Sivakumar mengambil tindakan menggantung tugas timbalannya, Abdullah yang telah kemukakan notis bagi mengadakan sidang DUN pada 7 Mei depan TANPA PENGETAHUAN dirinya.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
memang berani dan berbisa wahai tuan speaker... moga kemenangan di pihak yang benar. wassalam.

nothing's perfect..

an unbelievable problem in microsoft ...


At Microsoft the whole Team, including Bill Gates,

couldn't answer why this happened!


Try it out yourself ...

Open MS Word and type ...

=rand (200, 99)

press ENTER

then see the magic ...


MSWord = buku

Jumaat, April 17, 2009

tutorial ringkas langkah membuat buku dengan menggunakan microsoft word (mencetak halaman seperti surat khabar).

langkah 1

  1. buka microsoft word
  2. buka dokumen yang ingin dicetak dalam model buku atau bina dokumen baru
  3. klik file -> page setup
  4. pada tab margins, cari pilihan pages
  5. pada pilihan multiple pages, tukar supaya menjadi book fold
  6. ubah margin halaman mengikut kesesuaian sendiri
  7. klik ok

(dokumen akan bertukar kepada bentuk landscape ~ sila semak kedudukannya semula)

Langkah 2 (cetakan)

  1. klik file -> print
  2. tandakan (tick) pada pilihan manual duplex
  3. klik ok

nota ; printer akan mula mencetak seperti biasa. tunggu sehingga ada arahan untuk membalikkan kertas. ikut arahan yang diberikan

nota tambahan ; sila letakkan page number pada setiap halaman supaya lebih memudahkan.


nota dari sayaseekorarnab ;
kredit untuk bro Ricky. moga berjasa buat Tok Malau (penyelaras TKRS). wassalam.

tips tanpa nama!

Rabu, April 15, 2009

anda inginkan shortcut atau folder pada desktop / windows tidak kelihatan namanya?



kaedahnya, klik kanan lalu pilih 'rename' pada shortcut atau folder pilihan anda. tekan kekunci Alt dan taipkan kod 0160 (gunakan kekunci angka pada keypad numeric). lepaskan kekunci Alt dan tekan enter. moga berjaya.


nota dari sayaseekorarnab ;
kredit buat bro Lutfi. wassalam.

suam-suam bicara..

kenyataan media YB Zulkifli Noordin sebentar tadi..



Saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB & Kerajaan Negeri Selangor dan mengambil keputusan bermufaraqah dan memisahkan diri saya daripada keputusan tersebut.

Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan YB Eli yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Surat perletakkan kedua-dua jawatan tersebut telahpun beliau kemukakan.

YB Eli telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau!


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga perkara ini tidak dimanipulasi oleh pihak ketiga. wassalam.

updates from TM ;

Selasa, April 14, 2009


Dear Valued Customers,

Telekom Malaysia Berhad (TM) is pleased to inform its customers that the restoration works on the Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) near Chongming, China connecting Malaysia to the United States has been completed.

Meanwhile, there is a delay in the restoration date for the Southeast Asia-Middle East-Western Europe 3 (SMW3) cable network between Tuas, Singapore and Penang linking Malaysia due to technical problems at the repairing stages. Due to the delay, full recovery of SMW3 cable network is now expected to be on 17 April 2009.

However, to date, TM has already recovered 97% bandwidth capacity for its Internet traffic to Hong Kong and North America.

TM Internet and IP services as well as other critical business applications linked to the US and Hong Kong has resumed normal operations since 10 April 2009.

We would like to thank our customers for their patience during the affected period. Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Internet related problems.

mari belajar jurus ping!

kebiasaannya, bila berhadapan dengan permasalahan 'gagal untuk sambungan ke internet', contohnya keluar satu notifikasi bertulis 'page cannot be displayed', jarang sekali kita menggunakan jurus ping untuk cuba mencari puncanya.



adakah punca masalah itu di antara komputer kita ke modem (ada built-in router), atau sambungan modem ke internet? ayuh bersilatlah dengan jurus di bawah..

jurus ping yang pertama (uji sambungan modem ke internet) ;

1. klik start
2. klik run
3. taipkan cmd.exe (akan keluar tetingkap ms-dos)
4. taipkan ping www.google.com (sekadar contoh ke enjin carian google) dan tekan enter
5. taipkan exit untuk keluar

jika berjaya ujian ping, akan keluar statistik kadar peratusan data hilang (0% loss). bermakna ada sambungan internet dari modem tersebut. jika ujian ping tidak berjaya, seharusnya yang keluar adalah begini ; ping request could not find host ... . ini bermakna tiada sambungan berlaku. selidikilah sebarang punca yang mungkin timbul di antara keduanya. mungkin modem anda telah rosak atau kabel dari modem ke talian telefon anda yang bermasalah sebenarnya
.


jurus ping yang kedua (uji sambungan modem ke komputer) ;

1. dapatkan ip address modem kita (lihat pada bahagian modem properties - right click)
2. klik start
3. klik run
4. taipkan cmd.exe (akan keluar tetingkap ms-dos)
5. taipkan ping 192.168.1.254 (contoh ip address modem - billion) dan tekan enter
6. taipkan exit untuk keluar

lihat samada ujian ping tersebut berjaya atau tidak. jika ping berjaya, masalah yang anda hadapi adalah melibatkan sambungan modem ke internet. tetapi jika ping gagal, masalah anda adalah di antara modem dengan penerima pada komputer anda. carilah punca yang menyebabkan komputer anda tidak dapat mengakses ke modem. adakah puncanya disebabkan adapter, kabel, atau konfigurasi dalam komputer anda (setting firewall)?



begitulah caranya menggunakan jurus ping untuk cuba menangani permasalahan sambungan ke internet. moga ilmu ini dimanfaatkan bersama.


nota dari sayaseekorarnab ;
kredit untuk saudari Waida atau lebih dikenali sebagai WaidaKmy. wassalam.

qasidah al-burdah..

Isnin, April 13, 2009

Qosidah ini merupakan tulisan Imam Al-Busairi. Beliau menulis qosidah ini pada abad ke 7 Hijrah.



Apa yang menarik menurut sejarahnya, semasa menulis itu beliau sedang menghadapi sakit lumpuh yang amat tenat sehinggakan tiada doktor yang mampu merawatnya lagi.

Lalu dengan hati gundah gulana dan pasrah, beliau menulis qosidah sebanyak 169 bait tersebut.

Diceritakan, sebaik beliau selesai menulis qosidah tersebut, beliau bermimpi didatangi oleh Rasulullah yang mengusap tubuh beliau dan menyelimutkannya dengan selimut baginda.

Sebaik sahaja tersedar daripada mimpinya, Imam Al Busairi mendapati dirinya sudah sembuh sepenuhnya. Langsung tidak terdapat tanda-tanda kelumpuhan pernah berlaku ke atas diri beliau.

Maka beliau namakan qosidah ini dengan nama Qosidah al-Burdah (bermakna selimut).


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga ALLAH memberikan hidayah, petunjuk, kekuatan dan istiqamah kepada kita semua dalam mengharungi hidup sebagai hambaNya di akhir zaman fitan ini. perkenankanlah ya Allah.

bintang terpopular 2008?

secara ikhlasnya, majlis anugerah ABPBH 2008 ini teramatlah membosankan. bagi yang menontonnya, anda mungkin 80% ikut sama bersetuju bukan?


nabil

apa pun, tahniah kepada nabil kerana membolot 3 anugerah sekaligus termasuk anugerah bintang paling popolar 2008. cuma, perlakuannya dengan selamba memeluk irma hasmie amatlah memeranjatkan. mungkin kisah ini akan menjadi kontroversi hangat di media-media hiburan.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
pinjam trademark nabil ~ 'lu pikirlah sendiri'.. wassalam.

kongsikan tips bersama..

Sabtu, April 11, 2009

kaedah ini membolehkan komputer dimatikan (shutdown) dengan hanya satu klik.

tipsnya seperti berikut :

bina satu file 'shortcut' di desktop.


taipkan / copy dan paste kan perkataan 'shutdown -s -t 0' pada ruangan yang tersedia.


tekan next setelah diisikan nama bagi 'shortcut' yang anda cipta.

sekarang, 'shortcut' untuk matikan komputer telah berjaya dicipta. anda hanya perlu klik pada 'shortcut' tersebut untuk melihat keberkesanannya..

selamat mencuba.


nota dari sayaseekorarnab ;
kredit kepada insan yang bernama Muhammad Haiqal bin Mohd Jamaluddin. wassalam.

grrr.. geram!!

Jumaat, April 10, 2009

kisah duka dari malaysiakini..

seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak kelantan di luar stadium malam selasa lepas.

menceritakan detik kejadian, muhammad huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya abdul rahman hussein di gerai yang terletak 100 meter dari stadium sultan muhammed IV, dan bersiap untuk pulang.

"tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai.

"saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di hospital raja perempuan zainab II semalam.


FRU@Malaysia


bicara geram dari teman blogger..

mengikut prosedur pelepasan 'tear gas', polis / FRU hanya dibenarkan menembak ke angkasa dan membiarkan 'tear gas' jatuh ke bumi sambil mengeluarkan asap. tetapi yang polis / FRU menembak ke kepala manusia itu, untuk apa? apa nawaitu si-penembak tepat itu - untuk mencedera, untuk membutakan mangsa atau untuk membunuh?

(saiz tulisan diperbesarkan bagi mencerminkan rasa geram)



kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga yang bersalah itu diadili dengan sebaiknya.. dan moga yang menjadi mangsa itu bersabar dengan dugaan-Nya. wassalam.

mukhriz masuk kabinet.. positif?

kata tun mahathir..

"dia akan dapat menjalankan tugas dengan baik. saya harap dia akan menangani masalah dalam pemberian permit import (AP) kepada mereka yang menjual AP."




kata teman blogger..

jika dilihat pada masa yang lalu, FTA dikaitkan dengan rafidah aziz (AP Queen) dan kemudiannya muhyiddin yassin (Mat Sembab). FTA hangat diperkatakan semasa rafidah aziz berkuasa di dalam MITI.

di korea selatan, FTA ditentang hebat hingga membabitkan ratusan ribu susuk tubuh rakyat korea selatan di jalan raya. ini kerana para petani dan nelayan di sana, faham benar dengan FTA. hal ini berbanding dengan masyarakat kita. media kerajaan tidak mendidik masyarakat sebaliknya lebih menekankan propaganda picisan (murahan) oleh pihak-pihak tertentu.

secara umumnya, FTA itu suatu bentuk dagangan bebas dan ia sebenarnya boleh membentuk suatu penjajahan sistematik di bahagian ekonomi dan sekali gus negara itu sendiri. apabila bekalan makanan negara digantung-harapkan 100% pada barangan import. contoh mudah, cili di malaysia jumlahnya sedikit dan mahal. berbanding dengan cili dari china. petani cili akan gulung tikar apabila rakyat malaysia bertumpu pada produk china. secara tak langsung juga, bekalan cili orang malaysia akan berubah hala ke negara china. cili kita dijajah? cili kita belum merdeka?

ini mungkin belum bahaya, kerana tidak semua orang makan cili. tetapi apa akan jadi dengan malaysia, jika produk tadi ialah beras atau pun barangan harian utama yang lain?

umum tahu, siapa itu mahathir.

mampukah anak perasuah nombor satu ini menjamin masa depan kita semua?

mampukah anak orang yang memfitnah orang itu liwat dan orang ini liwat memegang amanah negara?

mampukah anak diktator yang memperalatkan sistem kehakiman malaysia ini bersikap telus?

saya khuatir dengan masa depan rakyat malaysia, khusus bagi yang tiada tanah untuk menghasilkan bekalan makanan di masa-masa akan datang.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
tidak salah untuk kita berwaspada.. dan tidak juga salah untuk kita berbaik sangka. fikir-fikirkanlah demi kebaikan bersama. wassalam.

pr menang kerana DUIT!!

Rabu, April 08, 2009

sayaseekorarnab begitu yakin, bahawa DUIT yang menentukan kejayaan pr di dua bukit..

DUIT yang tidak dapat diperincikan nilaiannya..



D (Doa) .. U (Usaha) .. I (Istiqamah) .. T (Tawakal)


kesimpulan dari ketua bloggers network@perak ;
kemenangan semalam memberi tanda bahawa pihak musuh akan lebih berwaspada dan berusaha mencari pelbagai helah untuk menafikan kemenangan seterusnya biar dengan apa cara sekalipun..

siap sedialah setiap masa..

pakat turun weih..

Isnin, April 06, 2009

insya-Allah, kita turun bersama-sama awal pagi nanti..
bersama pertahankan maruah rakyat..

siapa lebih terhina..?

satu laporan polis telah dibuat berikutan tindakan yb Nga Kor Ming yang dikatakan menghina Islam kerana membaca ayat Al-Quran di pentas ceramah..


komen terbaik yang didapati dari sebuah laman blog berbunyi begini..

Kita mesti memahami tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP membaca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP membaca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tidak ada apa-apa yang salah.

Kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu membetulkan persepsi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah golongan ini sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil di khalayak ramai membacakan ayat Al-Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi seorang muslim.



kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
logiknya, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana konsep dakwah hendak diterapkan sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. wassalam.

D O A ..

bingkisan di akhir tempoh pengadilan..


pengakuan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye menyebut..
sekalipun orang Cina adalah bukan Islam, namun kami tetap menyokong Dato' Seri Nizar kerana beliau adalah seorang Muslim yang adil dan jujur..


kempen dari sayaseekorarnab ;
jika anda seorang pengundi yang berdaftar bagi p59, maka undilah untuk insan di atas. jangan biarkan perkara sebegini berlaku. wassalam.

buruknya jawi?

Ahad, April 05, 2009

maaf andai tajuk di atas mengundang rasa gelisah di hati..

bukan niat merendahkan martabat tulisan jawi, hanya berhasrat 'membangangkan' pengarang / penulis teks karangan khutbah yang diedarkan kepada masjid di p59 ini..

sebahagian kandungan teks..

teks khutbah jumaat@p59


jika anda meragui pendedahan mengenai teks ini, sila dapatkan berita asalnya (termasuk bukti kukuh) di sini.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
bersama kita martabatkan tulisan jawi yang kian hilang ditelan zaman dengan kaedah yang BENAR! wassalam.

kekuatan tersembunyi petir!!

info yang anda perlu tahu ..


sebuah sambaran petir berukuran rata-rata memiliki energi yang dapat menyalakan sebuah bola lampu 100 watt selama lebih dari 3 bulan. sebuah sambaran kilat berukuran rata-rata mengandung kekuatan listrik sebesar 20.000 amp. sebuah las menggunakan 250-400 amp untuk mengelas baja. kilat bergerak dengan kecepatan 150.000 km/detik, atau setengah kecepatan cahaya, dan 100.000 kali lipat lebih cepat daripada suara.

the burj@dubai

info tambahan yang anda perlu tahu ..

semenjak dari pembukaan The Burj (ketinggian 2 kali ganda KLCC) pada disember 2008, The Burj telah beberapa kali dipanah petir. terbaru, kejadian pada 23 mac 2009 ini pasti terlekat di jiwa penduduk dubai bila panahan petir bertalu-talu hampir 30 minit terus menyerang The Burj tanpa henti.

kisah selanjutnya (disertai bukti video) boleh dilayari di sini.



persoalan dari sayaseekorarnab ;
mungkinkah ini salah satu petanda bahawa kiamat itu makin menghampiri?

ops.. dah hampir tamat?

Jumaat, April 03, 2009

perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi menghadap yang di-pertuan agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan mengikut pelan peralihan kuasa kepada timbalannya datuk seri najib..

celoteh sayaseekorarnab..

"dulu masa tahun 2004, konfiden level kat pak lah nih mmg agak tinggi.. kalu ikut graf ujian, leh bagi gred A+ tuh.. dgn gelaran 'mr clean', kita nmpk mmg ada potensi la kat dia utk bersihkan smua insan2 yg korup dlm kjaan.. ditambah pula pd awal pemerintahannya, dsai dpt dikuarkan dr tahanan.. mmg respek giler..

bukan itu saje, dasar langit terbuka yg 'kurang sekatan' dan 'pemantauan' (cam dihalalkan jer) mnyebabkan wujudnya gelanggang media yg baru.. media yg tdk perlu melalui lembaga hantu penapisan.. media internet.. har har..

well.. bulan bganti bulan, tahun bganti tahun.. dan pak lah yg dikenali dgn label 'mr clean' tdk btindak spt yg diharapkan (mgkin sengaja rasenya)..

pelbagai kisah2 negatif mengenai tampuk pemerintahannya (mat ngantuk + anak + menantu dll) mula dicanang di media internet.. hal ni mnyebabkan rmai rakyat mulai sedar hingga mmbawa kpd satu himpunan 100 ribu rakyat.. yg kita panggil 'BERSIH'..terus terang beb, time nih level konfiden kat pak lah hampir cecah negatif.. xde gred.. har har..

then, pru 2008 mula berkumandang.. kalu dlu dgn 'barisan alternatif', pas hilang t'ganu.. tp time nih, dgn 'pakatan rakyat'.. KEMENANGAN besar telah blaku.. sendiri mau ingat ler..

dan skrg, ats desakan utk berlakunya peralihan kuasa.. mka pak lah turut dgn rela (ye ker?)..

walau pepun, bagi sayaseekorarnab.. there is something about him.. sesuatu yg 'baik' gitu..dan rasenya, gelaran yg terbaik selayak utk dirinya ialah..
'HANG JEBAT MODEN '..kalu x pecaye, try tnya cucu cicit kita 50 tahun dr skrg.."


nota dari sayaseekorarnab ;
penghargaan terima kasih buat datuk seri.. moga kita smua mndpt pengampunan dan keredhaan dr-Nya.. insyaAllah. wassalam.

najib bakal pm keenam??

Khamis, April 02, 2009

lapor malaysiakini..


"datuk seri najib tun razak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri malaysia keenam di hadapan yang di-pertuan agong, tuanku mizan zainal abidin pada jumaat ini."

najib@retro

ulasan bakal pm tersebut..

"saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab.. satu penghormatan yang amat besar. tapi lebih penting daripada itu, saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tapi soal tanggungjawab.. (dan) harapan yang diberi oleh rakyat amat besar."


psst..
sayaseekorarnab memohon RAKYAT untuk menitipkan jangkaan (perkara kemungkinan berlaku) jika ditakdirkan datuk seri najib benar-benar menjadi perdana menteri malaysia yang keenam!


nota dari sayaseekorarnab ;
titipkan jangkaan anda di bahagian ulasan.. wassalam.

episod 59 - mami jarum kembali!

Rabu, April 01, 2009

mungkinkah anda mengenali 'saudara' ini?

rupa-rupanya wadah perjuangan kita seiring..

Related Posts with Thumbnails