penanti..an

Ahad, Mei 31, 2009

penanti..an hampir tiba kemuncaknya..




kenyataan terbaru DSAI..

"Sekali lagi saya nyatakan, calon Pakatan Rakyat, saudara Dr. Mansor Othman bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang seandainya diberi kepercayaan oleh para pengundi esok.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sokongan rakan-rakan pengundi DUN Penanti untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, insha-Allah.."



nota dari sayaseekorarnab ;
moga kemenangan diciptakan pada pihak yang memperjuangkan keADILan. wassalam..

jangan terlalu bijak?

Sabtu, Mei 30, 2009

Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan..



ulasan Dato' Mahfuz Omar berbunyi begini..


"Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa. Berapa kerat sangat mereka yang mengambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang berupaya dapat 20 A. Tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang berjaya.

Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 subjek.

Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 subjek kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya.

Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek.

Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya."


nota dari sayaseekorarnab ;
sesungguhnya Islam adalah agama yang menghargai ilmu pengetahuan. wassalam..

percayalah..

si najib pernah membuat kenyataan bahawa..

"pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini."


sebaliknya..


kenyataan DSAI pula berbunyi begini..

"minggu ini, Bank Negara mengesahkan apa yang perkatakan oleh rakyat Malaysia (kecuali menteri kewangan) selama lapan bulan ini.

negara ini diambang kemelesetan. kadar pengangguran akan mendadak naik dan kilang akan lebih banyak ditutup. berkemungkinan setengah juta orang akan kehilangan kerja.

pertumbuhan untuk tahun 2009 diunjurkan kepada negatif 5% (-5%), kedudukan eknomi terburuk sejak krisis kewangan terbaru."


soalan mudah..

kenyataan mana lebih dipercayai pasaran?


wassalam..

a B c..

Khamis, Mei 28, 2009

alhamdulillah, wa dah test..

perisian nih mmg superb..

korang ble 'remote' pc org lain semudah a B c.. har har


wa x tau cmna nak explain..

korang kna dw then try, pasti pueh hati..

jgn risau, percuma lor..

amik kat sni..


psst..

wa x galakkan tuk 'install', just plih 'run' jek.. wassalam..

luv Dora?

td wa test tnya solan kat memurid klas 1 T..

sape nak tgk citer 'upin & ipin'?..

ada la dlm 26/32 murid yg angkat tgn..

then, wa tnya lg..

sape plak nak tgk citer 'Dora'?..

perghhh.. rsa cam smua yg angkat tgn tetinggi..

sudah tukar nmpk?



ini yg pokcik 'google' kasitau..

Q. What makes Dora the Explorer different from other children's programmes?

A. One of the things about the show and something that makes it unique, is that viewers are asked to be active participants — not only by answering questions, but by getting off the couch and moving their bodies. Parents know when Dora is on because they'll see and hear their kids playing along with the show : counting, speaking English, jumping, rowing, clapping, etc.


pssst..
anak2 wa pun sonok layan citer 'Dora' nih (slalu main kat tv9)..

wassalam..

j i k a..

Selasa, Mei 26, 2009

Husam..

beliau diiktiraf sebagai aktivis, pemikir dan juga strategis..



khabarnya..

jika DSAI memerlukan propaganda untuk popular, Husam tidak..

jika DSAI perlu ditangkap untuk momentum diri, Husam tidak..

jika DSAI perlu retorik untuk kekal panas, Husam tidak..

Tidak perlu semua itu..


baca kisah selanjutnya di sini..


nota dari sayaseekorarnab ;
moga kemenangan itu dijelmakan pada yang BENAR & IKHLAS berjuang. wassalam..

apa dosa anak?

well, malam nih wa sikit sedey..

sbb hajat wa nak 'bela' anak kucing tak tercapai beb..

bru td abang wa bgtau yg abis smua anak2 kucing kna telan.. 4 ekor tuh..

ditelan serangup-rangupnya oleh 'mak' dia sendiri lor..


so wa pun try tanya pokcik 'google' apa kes si 'mak' telan 'anaknya' sendiri nih..

nak gak tau sbb musibabnya..

and, wa quote sebaris 'statement' logik yg wa jumpa kat bwh nih..

"anak kucing klau baru beranak jgn dipegang, klau pegang nnt mak dier makan coz mak dier dah bau "bende" lain kat badan anak dier.."

ye ker?

err..

ada sesape nak 'donate' anak kucing dia kat wa? har har..


wassalam..

bila nak saksi?

Isnin, Mei 25, 2009

pasti 'malatop'..

dengan tajuknya 'Rasuah Politik'..

program Hujah..

26 Mei 2009 (Selasa)..

9.30 malam..


pertempuran antara..

Naib Presiden PAS & Naib Presiden UMNO..


jangan lupa saksikan secara langsung!


wassalam..

wayang?

mengapa tiba-tiba isu Chin Peng kembali dihangatkan oleh parti gerakan - salah satu parti komponen kerabat bn?



dapatkan jawapannya di sini..

jangan terpedaya dengan 'wayang' yang cuba dimainkan..


wassalam..


kembar?

Ahad, Mei 24, 2009

anda pasti mengenali siapa itu 'faizal tahir'..

anda pasti pernah melihat kelibatnya beraksi di pentas..

tetapi..

kenalkah anda dengan insan yang bernama 'anas tahir'?

khabarnya, dia merupakan adik kepada si faizal..

pasti anda belum pernah melihat kelibatnya beraksi bukan?

layan aksinya pada klip di bawah..






sekadar ambil tahu..


wassalam..

ayat ayat ruqyah..

Sabtu, Mei 23, 2009

malam tadi wa balik kampung, ushar adik yang tinggal sesorang sebab mak abah gi kolumpo..

naik je umah wa terdengar ayat2 quran yang dia main kat henpon..

wa tanya, "apsal, takut ke?".. har har

dia jawab, "yang tuh ayat2 ruqyah ler.. ."


so..

tengah malam tadi gak wa try tanya pokcik google pasal ayat2 ruqyah nih..

dan di bawah adalah antara quote menarik yang wa jumpa..

"Kita memohon perlindungan dengan Allah kerana Dialah berkuasa atas segala sesuatu. Selain mereka membaca sendiri, mereka juga boleh memasangkan CD atau kaset bacaan ayat-ayat ini di rumah, di sekolah atau di mana-mana yang bersesuaian untuk menghalau atau mencegah gangguan jin, syaitan dan perbuatan sihir."

lagi..

"Usaha ini bukanlah bermakna kita menolak rawatan moden, tetapi dengan manfaat al-Quran iaitu kalam Allah, maka keberkatan itu ada."


muat turun ayat2 ruqyah (format mp3) sebagai koleksi peribadi di sini..


pssst ;
wa dengar owang pesan jangan mainkan ayat2 ruqyah ketika memandu, kebarangkalian untuk rasa mengantuk itu amat tinggi.. wallahu' alam. wassalam..

rileks.. sabor..

Jumaat, Mei 22, 2009

petang td wa dpt sms dari sumber keADILan..

"Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan si Zamry dan bersetuju dengan tindakan Sultan Perak sebelum ini..

Perintah Mahkamah Tinggi yang menegaskan bahawa status si Nizar sebagai MB yang sah telah ditolak.."



mmm..

apa peguam si Nizar berkata?

"We have extraordinary judges with extraordinary ability."

terjemahannya ;

"Kita mempunyai hakim yang 'luar biasa' dengan keputusan yang 'luar biasa' juga. "



kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
tingkatkan kesabaran dan teruskan bersyukur. pasti ada terselindung hikmah disebalik percaturan-Nya ini. wassalam..

flu autorun?

ulasan bro aponie..

"salah satu cara virus merebak adalah melalui 'pendrive'.. dan antara caranya ialah melalui file autorun.inf.

file autorun.inf akan dibaca apabila 'pendrive' disambungkan kepada komputer. biasanya virus akan mempergunakan arahan “open = virus.exe” untuk mengaktifkan dirinya ke dalam file autorun.inf."


~ Autorun Eater v 2.4 Beta 2 ~


ulasan bro kill vearn..

"dengan adanya perisian 'autorun eater' ini, ia dapat menghapuskan fail autorun.inf yang bertindak sebagai ‘ibu’ kepada virus² tersebut..

'autorun eater' berfungsi untuk ‘memakan’ segala fail autorun yang dijanakan oleh pemacu luar anda dan tidak membenarkan ia diproses melalui windows.. ia sangat mudah digunakan serta dapat mengawal komputer anda dari dijangkiti virus.."


ulasan sayaseekorarnab pula..

"tidak rugi jika anda memiliki dan mencubanya. selain ia ditawarkan secara percuma, perisian ini juga dijana oleh 'otai tempatan'. sokongan anda cukup bermakna..

jika anda berminat, sila dapatkan ia di sini..

kongsikan bersama-sama rakan yang lain jika anda rasa ia berfaedah..

wassalam.."

mari berkasih..

Khamis, Mei 21, 2009

bercerita tentang kasih sayang, sudah tentu ianya berhubung kait dengan fitrah hati..

kasih sayang ini umpama tali yang mengikat hati-hati manusia..

apabila wujudnya kasih sayang, maka lahirlah perasaan kemesraan..

dan pabila wujudnya kemesraan, maka terbitlah kesejahteraan dalam kehidupan..


hayati antara kisah kasih sayang yang tersemai indah..




nota dari sayaseekorarnab ;
sekalung syabas & tahniah buat warga sk alor pongsu atas semangat kasih sayang yang disuburkan. wassalam..

bun or ban?

Rabu, Mei 20, 2009

tutorial bergambar untuk melaksanakan jurus 'ban' terhadap makhluk-makhluk perosak yang membuat onar di shoutbox..

contoh shoutbox..



'login' sebagai admin dengan meletakkan 'password' asal..


klik pada 'ban' yang terdapat di bawah id makhluk perosak..


buat pilihan pada 'ban ip' mengikut citarasa idaman..


klik pada 'ban' sebagai buah kunci terakhir..



nota dari sayaseekorarnab ;
moga diamalkan secara berhemah dan bijaksana. wassalam..

dapatkan RC!

Selasa, Mei 19, 2009

rasanya ramai yang sudah menyedari mengenai kemunculan windows 7..

tetapi mungkin ramai yang tidak sedar bahawa microsoft telah menawarkan lesen pengaktifan yang akan berakhir pada 1 jun 2010, secara percuma..


seperti yang dimiliki oleh sayaseekorarnab..





pssst ;

wa tgh dw (download) beb..


kna byk bsabor..

pc kna mantop sbb nak biar 'ON' hampir seharian..

korang ble join skali kalu bminat..

dw windows 7 RC kat sni!



nota dari sayaseekorarnab ;
rebutlah peluang untuk menjadi antara pengguna terawal windows 7 RC. pasti banyak kelebihannya. wassalam..

short commercial..

Isnin, Mei 18, 2009


WHAT IF IT HAPPENS?




IF






TAKES



OVER



GENERAL MOTORS



IT



WILL



BE



FUN-TIME



FOR



THE



FAMILY.

(PLEASE CLICK ON IMAGE TO EASE ASSEMBLY)





nice smile!


si cili padi..

Ahad, Mei 17, 2009

memang berani..

memang betul-betul berani..

inilah gambaran 'kecil-kecil si cili padi'..




hayati pengalamannya..


Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik-kecik dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.

Keempat-empat kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Keempat-empat kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris menunggu hari pagi.


pengalaman penuhnya di sini..


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
saudara yang paling dekat dari naluri kepahlawanan adalah keberanian. pahlawan sejati selalu merupakan seorang pemberani sejati. tidak akan pernah seseorang disebut pahlawan, jika ia tidak pernah membuktikan keberaniannya. wassalam..

pssst..

jika anda bermasalah untuk memuat turun 'saguhati' dari laman senduit, sila muat turun ia melalui laman ini..


klik di sini..

tiada tempoh muat turun ditetapkan..
moga digunakan sebaik mungkin..

wassalam..

saguhati dari chegu..

Sabtu, Mei 16, 2009

situasinya mungkin begini..



kes 1 ;
anda ingin mendapatkan semula fail-fail yang telah dilupuskan dari 'recycle bin', ataupun daripada sebarang media sampingan seperti 'pendrive' atau sebarang kad memori (telefon, kamera digital dsb)?



kes 2 ;
komputer anda telah di'format' tanpa pengetahuan anda? pelbagai perkara penting yang ada di dalam 'hard disk' telah dinyah hapuskan.. dan anda ingin mendapatkannya semula?


penyelesaiannya di tangan anda!


jika sebelum ini peranan untuk mengatasi masalah ini hanya dimiliki oleh 'segelintir otai', kini anda juga mampu memainkan peranan tersebut..

jika sebelum ini peranan untuk mengatasi masalah ini bakal dikenakan bayaran yang kurang menyenangkan, kini anda mampu mengatasinya sendiri secara percuma!


nota dari sayaseekorarnab ;
kredit untuk para puteranian yang sudi berkongsi perisian ini (link diberikan pada entri di bawah). amalkan ia sebaik mungkin. wassalam..

chegu oh chegu..

Jumaat, Mei 15, 2009

terima kasih buat insan yang pernah mendidik diri ini..




terutamanya..

para pendidik di sk sungai kechil, nibong tebal..

para pendidik di sk sri kerian, parit buntar..

para pendidik di madrasah ittihad al-wataniah, serdang..

para pendidik di sm panglima bukit gantang, parit buntar..

para pendidik di itm, arau..

para pendidik di institut perguruan darulaman, jitra..


dan juga buat seluruh warga pendidik yang beramal dengan ilmu yang diperolehi masing-masing..

moga segala usaha anda diredhai oleh-Nya, insya-Allah..


nota dari sayaseekorarnab ;
pertamanya,
bagi meraikan sambutan hari guru kali ini, mari kita berkongsi 'saguhati' yang pasti membuatkan hidup anda lebih ceria selepas ini.. sesuatu yang punyai 'nilai' komersil dan diberikan secara percuma..

keduanya,
kerana keistimewaan 'saguhati' ini, tempoh untuk muat turun hanya dibuka selama satu minggu sahaja (bermula 16 mei 2009)..

ketiganya,
ulasan mengenai kelebihan 'saguhati' ini akan di'post'kan kelak.. sila muat turun ia dahulu di sini.

wassalam..

r a k y a t..

petikan malaysiakini..


kita kini bukan sahaja mempunyai "Pakatan Rakyat", tetapi juga "Perdana Menteri Rakyat" apabila Datuk Seri Najib juga mahu semangat perkataan "Rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka.


~ sekadar tamsilan ~


setujukah anda?

sejujur manakah pemimpin memahami rakyat?

sebelum anda membuat sebarang keputusan, layari sebahagian kisah hidup rakyat yang kian terhimpit di sini..




anugerah..

Khamis, Mei 14, 2009

keputusan sudah diterima secara rasmi dan sohih..

tanpa berahsia lagi, sayaseekorarnab mengambil kesempatan untuk 'mengumumkan' di sini..

seketika itu, layanlah klip video 'grey sky morning' ini dahulu sebagai penyegar..





keputusannya..


anugerah guru paling tegas (lelaki)

1. en. fadzil asmat - 77 undian
2. en. muhd kamel - 42 undian
3. en. shahidan (p.p) - 38 undian


anugerah guru paling ceria (lelaki)

1. en. romizamrul - 52 undian
2. en. azuan - 42 undian
3. en. fadzil asmat - 38 undian


anugerah guru paling tegas (perempuan)

1. pn. fadliah - 92 undian
2. pn. hamidah - 42 undian
3. pn. mariani - 39 undian


anugerah guru paling ceria (perempuan)

1. cik aina fariha - 97 undian
2. pn. nur afni - 55 undian
3. pn. hamidah - 44 undian


tahniah dan syabas..


nota dari sayaseekorarnab ;
keputusan rasmi ini cuma melibatkan undian bagi semua guru sesi petang sahaja. wassalam..

islam puncanya?

Rabu, Mei 13, 2009

kisah yang WAJIB dibaca oleh setiap insan yang beragama islam dan mengamalkan prinsip persaudaraan..

selami ia sedalamnya..
7 years and counting under ISA for being a Muslim!

Mat Sah was arrested under ISA on 18 April 2002. From day one of the arrest, he had never been brought to the court .There was no hearing , no lawyers, no judge and no evidence produced to prove the accusations. He was alledged the member of terrorist group Jemaah Islamiyyah (JI) the name labelled by the Malaysian government.

In 2002, he was detained along with 50 other "members' of JI, but as time flies, in 2009 almost 98 percent of the JIs had been taken out of Kem Kamunting under yearly selected releases .

Now in 2009, Mat Sah is still occupying one of the blocks in the Kem. There is no specific reason given by the authority as to why he is still detained there. May be these facts can explain why he is detained further.....

1- He is not a Hindraf member.
2- He is not a Chinese.
3- He is not an Indian.
4- He is not a Non Muslim.
5- He is not a foreigner ie Indonesian or Filipino or Siamese or a Pakistani.
6- After 7 years, there's no hearing, no testified, no evidence produced in court, infront of the Judge to support the accusations that he is one of the Muslim terrorists.
7- After 7 years,there's no proof that he is the member of JI.


But, one clear thing for sure,from 2002 until now, he is a Muslim.

The end of the puzzle showed that, as long as he IS a Muslim, he would be or could be forever being accused as the member of Jemaah Islamiyyah (JI) that gave threat to the National Security... that made him eligible to be detained further and longer...


hayati pula rasa pengaduan yang tersurat..





nota dari sayaseekorarnab ;
kisah yang dipaparkan ini merupakan hasil nukilan dari blog si merah hitam. wassalam..

kasi tangkap!

Selasa, Mei 12, 2009

jika anda menggunakan pelayar 'firefox' bagi melayari internet, maka amat rugi andai pelayar tersebut tidak mempunyai 'plugin' ini bersama..

'screengrab' merupakan 'plugin firefox' yang digunakan untuk menangkap sebarang tampilan di laman-laman web, blog dan sebagainya.

fungsinya berperanan seperti langkah 'print screen', cuma kelebihannya ialah ia dapat menangkap tampilan itu keseluruhannya (dari atas hingga ke bawah)..

bagi yang berkeinginan, boleh dapatkan ia di sini..

moga bermanfaat buat kita semua.


nota dari sayaseekorarnab ;
kredit buat bro Lutfi.. wassalam.

what's gonna work?

alhamdulillah, kini telah diperlihatkan yakni kepercayaan rakyat negeri perak adalah benar, tepat dan ikhlas sekali..

dan langkah seterusnya..


rakyat negeri perak mahukan DUN di bubarkan.

biarkan pemerintahan dan kerajaan yang jelas dan adil dipilih semula oleh rakyat melalui proses pilihanraya yang telus.

kembalikan mandat pemerintahan negeri perak berdasarkan undi rakyat marhain.

bubarkan DUN!

kita bertarung secara jantan!!

Lawan Tetap Lawan!!!


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
biarlah demokrasi yang sudah luka parah ini diubati oleh rakyat negeri perak sendiri. tahniah buat YAB Ir Nizar.. wassalam.

bikin gerudi?

Isnin, Mei 11, 2009

pasti ramai tertanya-tanya gerangan apakah yang menyebabkan blog sayaseekorarnab ini seakan-akan 'bergerudi' ala gitu-gitu..


jangan risau..

ia hanya sekadar skrip untuk diuji..

dan kini, anda pun berpeluang untuk mengujinya di blog sendiri..

sila bertutorial bersama Muraisenja Online..

goyang lagi.. gegar lagi..yeehaaa!!

tragedi Mersing..

Ahad, Mei 10, 2009

Difahamkan, ini pertama kali program Survivor Robinson Ekspeditionen itu mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka. Lebih jelik dan mengejutkan lagi, perbuatan ini berlaku di sebuah pulau di perairan Mersing, negeri Johor..


~ sekadar tamsilan ~

Sementara itu, penerbit rancangan realiti itu difahamkan diberi garis panduan jelas bahawa peserta rancangan itu tidak dibenarkan berbogel di mana-mana pulau di Johor.

Seorang sumber berkata garis panduan itu dimaklumkan dalam mesyuarat membabitkan pihak berkuasa, termasuk Majlis Daerah Mersing, penaja dan pihak penerbit rancangan pada awal tahun ini.

Seorang lagi sumber berkata penggambaran program realiti itu di Malaysia memberi manfaat besar kepada industri pelancongan Johor kerana dapat mempromosikan pulau- pulau di Johor kepada masyarakat dunia, terutama penduduk di Eropah.



nota dari sayaseekorarnab ;
memang CELA*A SI*L + HAR*M JAD*H bagi sesiapa yang menganjur aktiviti sebegini di negara Islam Malaysia. cukup BANGS*T !!!

tak lama lagi?

Berita buruk ini dipetik dari teman blogger yang bergelar hanief..

Khas buat para pelanggan TMnet Streamyx SAHAJA!..



Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitu melalui TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kera..jaan).

Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.


Harap maklum.

Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
kita nantikan kebenarannya bersama.. wassalam.

jangan solat?

Sabtu, Mei 09, 2009

ramai yang sudah maklum mengenai rentetan peristiwa 7 Mei yang berlaku di negeri Perak..

akan tetapi..

mungkin ada yang terlepas pandang mengenai berita gelap ini..


~ solat itu tiang agama ~


laporan dari Pemuda Besut berbunyi begini,

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.

Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.

Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN. Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-undang.

Tradisi PAS bila berhadapan dengan isu yang genting ini biasanya akan menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk mengadu kepada Allah swt. PAS dan para penyokongnya ditarbiyyah begitu rupa untuk tidak lupa kepada Allah swt. PAS dan penyokongnya yakin bahawa perjuangannya adalah benar. Masjid satu-satunya tempat yang cukup baik digunakan untuk tujuan tersebut.

UMNO dan BN sendiri juga boleh guna pendekatan yang sama digunakan oleh PAS sekiranya ia yakin perjuangan betulnya. Masjid di bandararaya Ipoh cukup banyak. Gunakan mana-mana masjid untuk tujuan tersebut. Solat Hajat tidak menimbulkan kekacauan dan juga tidak menganggu ketenteraman awam.

JAIP tidak perlu tutup masjid, benarkan sahaja kedua-dua pihak gunakan masjid, Solat Hajat adalah ibadah yang baik. Itulah cara yang terbaik untuk Allah swt memberi pertolongan, serahkan kepada Allah untuk memakbulkan mana-mana hajat mengikut nawaitu masing-masing. Itu baru demokrasi namanya.


nota dari sayaseekorarnab ;
perjuangan kembali bersahut.. wassalam.

Sun Tzu..

Selasa, Mei 05, 2009

rasanya, strategi 2 bakal menjadi pilihan ketika dipantau nanti..


strategi 2 ~ kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao


ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya. ketahui bahawa musuh tidak selalu kuat di semua hal. entah dimana, pasti ada celah di antara senjatanya, kelemahan pasti dapat diserang. dengan kata lain, anda dapat menyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untuk melemahkannya secara psikologis.


nota dari sayaseekorarnab ;
aktiviti blog akan berehat 'seketika' selepas ini. ampun maaf dipohonkan. wassalam.

let’s show..

Sabtu, Mei 02, 2009


Hard to believe? We know. We all feel his remorse, really. That is why, we are trying our best to do what we can to help him get back his MacBook as soon as possible.

It happened at night (April 28th 2009) at Hongkie Kopitiam @ E-Gate, Penang, at 10.02pm to be exact – where someone from behind snatched the MacBook bag which he put on the floor right next to him, without him noticing, since he was chatting with his friend then. When he did eventually realize that his MacBook was missing, he sought for help and saw the whole incident via CCTV.

Truth to be told, the loss of the machine doesn’t bother him as much, really. What bothers him the most is the loss of the data in his MacBook. It’s terrible, and heartbreaking.

That is why we want to see if we can leverage the power of the Internet to help him. Please pass this entry link on, and if you’re a blogger, please lend a helping hand and post this announcement on your blog! If you are a reader in Penang, all the more reason for you to keep your eyes out! And in case any one of you see this being listed in eBay, you know what to do!

The relevant information is as follows: white Apple MacBook, laptop Part No. MB061ZP/A and Serial No. W8730S60YA2. If there is any info leading to the missing MacBook, please contact admin@exabytes.com. The owner is also offering a RM3000 reward if the laptop is returned in a good condition.

Let’s show how powerful the Internet is and let’s all learn from this very unfortunate occurrence. Please don’t leave your personal belongings unsupervised anywhere, anytime!

jadikan ia ibadah..

Jumaat, Mei 01, 2009



selamat bercuti!!

Related Posts with Thumbnails