sila ambil pusing..

Selasa, April 21, 2009

PERHATIAN ; tolong jangan isi minyak dengan tekanan PAM YANG LAJU..


PPIM mendakwa jika menggunakan tekanan pam yang laju, minyak yang dikeluarkan akan berkurangan..

Noor Nirwandy (Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia) berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan."

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.


nota dari sayaseekorarnab ;
mungkin selepas ini kita perlu mengisi minyak ketika hari hujan / pada waktu malam sahaja. tidak rugi bukan? wassalam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails