kaunter maya?

Khamis, Julai 16, 2009

bagaimanakah kebiasaannya anda menjelaskan bil-bil kediaman setiap bulan?

seperti bil air.. bil api.. bil TM barangkali..

adakah anda masih lagi mengamalkan kaedah berurusan di 'kaunter' lagi?

masih lagi beratur untuk 'mengambil nombor giliran'?

sedarkah anda bahawa kaedah tersebut makin kurang 'relevan' dewasa ini..

bagi anda yang ingin perubahan, ada penyelesaiannya..


POS Online boleh diumpamakan sebagai 'kaunter maya'..

anda boleh menjelaskan pelbagai bil-bil sekaligus, tanpa mengira masa & ketika..


alhamdulillah, khidmatnya sehingga kini diklasifikasikan sebagai 'amat memberansangkan'..

konsepnya ;

~ daftar sebagai pengguna baru di POS Online
~ daftar bil-bil kediaman anda secara tetap (kemudahan di kemudian hari)
~ bayaran dari akaun perbankan internet anda (maybank 2u, cimb clicks dll)

jika anda ingin berubah, inilah masanya!

bantu diri anda dengan bersikap rasional..


pssst ;
bukan mempromosi. sekadar berkongsi pengalaman demi manfaat bersama.

wassalam..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails