pilihanku COMPAQ?

Rabu, Julai 08, 2009

andainya anda berkeinginan untuk membeli sebuah komputer riba / notebook..

mana satukah jenama pilihan anda?? mungkinkah..

Dell? Toshiba?? Lenovo??? Acer???? Compaq?????

jika status diri anda sebagai seorang insan yang berpendapatan sederhana, maka sayaseekorarnab mengesyorkan supaya notebook berjenama Compaq menjadi pilihan diri..

mengapa agaknya?

kerana kadar bayaran tambahan yang dikenakan untuk 'jaminan lanjutan' selama 3 tahunnya begitu menjimatkan..

apa itu 'jaminan lanjutan'?

umumnya, sesebuah notebook yang 'baru' dibeli diberikan tempoh jaminan selama setahun.hanya pembeli yang berfikiran rasional sahaja akan memohon agar jaminan lanjutan itu berlarutan selama 3 tahun. ini memerlukan bayaran tambahan dari pembeli tersebut..

jika anda memilih untuk mendapatkan jaminan lanjutan selama 3 tahun untuk notebook berjenama Toshiba sebagai contoh, anda perlu membayar hampir RM400 sebagai bayaran tambahan. begitu juga untuk sebarang notebook berjenama Lenovo, di mana anda perlu membayar hampir RM3++ sebagai bayaran tambahan..

namun, bagi sebarang notenook berjenama Compaq, kadar bayaran tambahan yang bakal dibayar hanyalah sebanyak RM99 sahaja. jimat bukan?


nota dari sayaseekorarnab ;
kebarangkalian untuk sebarang notebook mengalami kerosakan 'major' dalam tempoh masa 3 tahun adalah amat tinggi. anda mampu mengatasinya kelak dengan 'menyediakan payung sebelum hujan'. wassalam..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails