pilih kasih?

Isnin, Jun 29, 2009

adakah saya anti rancangan realiti di televisyen?

tidak, andainya ia berguna..

mari saya beri cadangan yang lebih bermaruah dan mendatangkan manfaat buat ummah..


pernahkah anda mendengar mengenai siaran realiti 'star of science'?

ia adalah sebuah rancangan realiti televisyen anjuran qatar foundation for education, science and community development. program ini berlangsung dari 29 mei sehingga 26 jun lalu.

terdapat 5 episod waktu perdana dengan durasi masa 90 minit. 20 episod harian, dari hari ahad ke hari khamis. rancangan ini dirakam di doha, tunis, kaherah dan beirut. ia ditayangkan di 15 buah negara khusus negara yang bertutur dalam bahasa arab.


ia tentang apa?

setiap hari penonton akan menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun (dari 11 negara) menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam.

bidang sains tersebut melibatkan bidang fizik, kimia, kejuruteraan dan lain-lain. mereka diberi kemudahan makmal dan bengkel. dibantu dengan krew yang tangkas. peserta kebanyakannya adalah pelajar sains. mereka akan memberi penjelasan saintifik dan menunjukkan bagaimana alat yang mereka cipta itu dapat digunakan.

dalam masa yang sama, syarikat yang berminat boleh membida produk sains tersebut. justeru mereka berpeluang memasarkan hasil ciptaan ke dunia luar. terdapat beberapa wanita dalam kalangan peserta. ini begitu membanggakan. pemenang yang berjaya mendapat usd 300,000 dan barangannya tentu akan diberi perhatian oleh pelbagai firma atau syarikat yang berkenaan dengan bidang sains yang mereka terokai.


persoalannya..

mengapakah kita masih mencari lagi bintang-bintang murahan untuk memeriahi dunia pop dan hedonisme kita yang sudah cukup bobrok? mengapakah kita kekal bangkrap idea, dan muflis kreativiti? bagaimana ilmuan kita boleh terheret sama?

tidakkah boleh kita mencari bintang yang membawa hasil untuk masyarakat? dengan rancangan seperti 'bintang sains' tadi, kemungkinannya adik nik nur madiha yang bijak misalnya dapat menunjukkan kebolehan mencipta sesuatu.

tidakkah menyedihkan nilai masyarakat kita pada hari ini?


karangan di atas merupakan idea asal Faisal Tehrani

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails