ini kenyataan si Karpal Singh berkenaan UG..
"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap."

ini pula ulasan dari blogger WFauzdin..
"Saya melihat kenyataan Karpal agak melampaui serta dipenuhi emosi. Saya faham mengapa beliau bersikap demikian, tetapi cara beliau memberi komen itu agak kurang enak untuk didengar apatah lagi untuk diikuti. Saya khuatir apa yang beliau perkatakan akan menjadi provokasi yang boleh menghangatkan keadaan yang ada.
Sehubungan itu, saya menyeru agar YB Karpal lebih dewasa di dalam mengutarakan pendapatnya. Beliau tidak boleh sama taraf dengan kami yang tidak berpendidikan tinggi serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik sama sekali. Selaku tokoh politik senior di dalam negara, sewajarnya beliau patut memahami bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sedemikian. Saya amat mengkagumi pendekatan yang dilakukan oleh DS Anwar yang sedaya upaya mengelak dari memberi ulasan atau komen yang boleh menghiris hati rakan-rakan seperjuangan. Kekentalan dan semangat yang berlebihan yang ada pada YB Karpal perlu digunakan apabila berhadapan dengan musuh sebenar kita."
kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
diam bukanlah bererti kalah, diam juga tidak bererti setuju. tetapi diam untuk mengumpul kekuatan jiwa melawan nafsu, diam untuk menghindar kata keji dan diam untuk menghasilkan paradigma positif. wassalam..
0 ulasan:
Catat Ulasan