pujangga bersyair ;
"senyuman itu kelopak.. tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.."
fakta mengenai senyuman ;
apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke bahagian otak.
senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri.
senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan boleh menjadi penyebab kepada sakit jantung.
selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri menyatakan 'senyuman itu satu sedekah'. senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. senyum tidak memerlukan modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hati insan lain. selain ia mampu menyejukkan hati yang sedang marah, ia juga mampu untuk memulakan pertalian sesebuah ikatan.
kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
senyuman ibarat satu pemandangan indah. senyuman berseri mampu menarik orang lain mendekati dan merasai apa yang ada di dalam diri seseorang. contohnya boleh didapati di sini. wassalam.

0 ulasan:
Catat Ulasan