nukilan si 'jiwa rasa' berbunyi begini,
tahun 2001 menyaksikan apa yang disuarakan dan ditentang oleh pejuang bahasa pada tahun 1967 menjadi kenyataan. keranda 152 bagai sudah dipaku rapat dan sedia untuk dikambus apabila bahasa melayu diketepikan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran sains dan matematik di sekolah.
penghujung tahun 2008 mula kelihatan riak-riak pejuang bahasa sudah mula bersuara. selama ini ramai tokoh bahasa melayu yang tenggelam dalam dunia sendiri. seronok sendiri berhimpun membaca puisi yang tidak didengar orang. sibuk mencari melayu di afrika hingga lupakan nasib melayu di tanah sendiri. tambah seronok bila ada yang diberi gelar pendita, lalu khusyuk membilang biji tasbih dan lupa untuk mengambil peranan dalam masyarakat. saat menjelang pilihanraya 2008 yang sepatutnya menjadi medan dan peluang paling penting untuk melobi sokongan kepada perjuangan mengangkat bahasa melayu telah berlalu begitu sahaja.
adakah tahun 2009 akan memahat sejarah sebagai titik perubahan ke arah usaha mengembalikan bahasa melayu ke tempat asalnya?
nota dari sayaseekorarnab ;
tahniah kepada para pejuang bahasa melayu yang berani bangkit untuk berjuang. maaf kerana tidak dapat turut bersama berkumpul dalam gerakan 100 000 rakyat. percayalah, niat kita tetap sama. pada mereka yang belum mengenali apa itu 'keranda 152', sila ke sini ... wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan