waaa..
mnarik gak menda nih..
ssuai ngan dri wa yg bkl mnimang 'baby' ke 3..
insya-Allah..
kta kongsi bsama ek..

petua dari seorang sahabat,
“untuk mendapatkan anak yang mudah dijaga, bacalah al-Quran 30 juzuk sepanjang tempoh kehamilan. niatkan khatam untuk bayi dalam kandungan”.
sahabat itu bercerita pengalamannya,
“seseorang memberikan petua ini semasa saya hamil anak pertama namun saya tidak pernah amalkan. saya masih membaca al-Quran namun tidak pernah khatam.
ketika hamil anak ke 4, saya mula membaca al-Quran untuk janin dalam kandungan. alhamdulillah, saya dapat khatam 30 juzuk sepanjang tempoh hamil 9 bulan.bacaan-bacaan itu saya niatkan untuk bayi dalam kandungan.
setelah ia dilahirkan, saya dapati bayi yang dibacakan al-Quran 30 juzuk lebih mudah dijaga berbanding 3 anak terdahulu.
semasa bayi, dia tidak banyak meragam. meskipun begitu, kita tetap harus bersedia melayani kerenah biasa seorang bayi yang merengek ketika mengantuk, lapar atau napkinnya basah.
saya rasa sungguh berbeza mengasuh bayi yang dikhatamkan al-Quran dan yang tidak dikhatamkan”.
link asal..
wassalam..
0 ulasan:
Catat Ulasan