sahur oh sahur..

Sabtu, Ogos 22, 2009

punyai masalah untuk mengejutkan seseorang supaya bangun bersahur?

mungkin tips di bawah mampu membantu..


peringkat pertama..

1. pegang anak jari kaki kiri/kanan sambil memanggil nama dia perlahan lahan.
2. sentuh bahu dan goyangkan perlahan lahan sambil memanggil nama dia.
3. renjis air di muka sambil memanggil nama dia.
4. tampar tampar manja di pipi sambil memanggil nama dia.
5. tutup kipas/penghawa dingin.


peringkat kedua..

1. jerit nama dia sekuat mungkin.
2. gigit ibu jari kaki seperti gigitan si toyol.
3. simbah air sebaldi (digalakkan air rendaman baju).
4. tarik rambut dia sampai terjatuh dari tilam.
5. jerit dengan perkataan api! api! api!


peringkat ketiga..

1. dekatkan pada telinga dia, lalu sebut maa rabbuka!
(sambil menyeru namanya).


2. bacakan surah yaa sin beramai-ramai.


peringkat keempat (jalan terakhir)..

1. jemput ahli surau/masjid untuk menguruskan.
(kerana tuhan lebih menyayanginya)..



pssst;
slamat bsahur.

wassalam..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails