virus cik bab..

Selasa, April 28, 2009

seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak selsema babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas..



selsema babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru.

simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti sakit selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara..



renung-renungkan :


sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl ~ Ayat 115


0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails