siapa lebih terhina..?

Isnin, April 06, 2009

satu laporan polis telah dibuat berikutan tindakan yb Nga Kor Ming yang dikatakan menghina Islam kerana membaca ayat Al-Quran di pentas ceramah..


komen terbaik yang didapati dari sebuah laman blog berbunyi begini..

Kita mesti memahami tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP membaca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP membaca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tidak ada apa-apa yang salah.

Kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu membetulkan persepsi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah golongan ini sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil di khalayak ramai membacakan ayat Al-Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi seorang muslim.



kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
logiknya, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana konsep dakwah hendak diterapkan sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. wassalam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails