grrr.. geram!!

Jumaat, April 10, 2009

kisah duka dari malaysiakini..

seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak kelantan di luar stadium malam selasa lepas.

menceritakan detik kejadian, muhammad huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya abdul rahman hussein di gerai yang terletak 100 meter dari stadium sultan muhammed IV, dan bersiap untuk pulang.

"tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai.

"saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di hospital raja perempuan zainab II semalam.


FRU@Malaysia


bicara geram dari teman blogger..

mengikut prosedur pelepasan 'tear gas', polis / FRU hanya dibenarkan menembak ke angkasa dan membiarkan 'tear gas' jatuh ke bumi sambil mengeluarkan asap. tetapi yang polis / FRU menembak ke kepala manusia itu, untuk apa? apa nawaitu si-penembak tepat itu - untuk mencedera, untuk membutakan mangsa atau untuk membunuh?

(saiz tulisan diperbesarkan bagi mencerminkan rasa geram)



kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga yang bersalah itu diadili dengan sebaiknya.. dan moga yang menjadi mangsa itu bersabar dengan dugaan-Nya. wassalam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails