coba kau coba..

Ahad, April 19, 2009

alhamdulillah, mampu juga semalam menghadiri sesi ceramah ilmu yang disampaikan oleh saudara Dr. Danial b Zainal Abidin (pencetus minda muslim super)..

yang menarik untuk dikongsi bersama ialah, beliau mengatakan bahawa nasi bukan makanan utamanya.. kerana baginya nasi itu ibarat racun.. (namun jika dihidangkan, beliau akan menjamahnya tetapi tidak akan menambahnya lagi).

dan menurut beliau lagi, makanan utamanya sejak kecil ialah timun / mentimun..

mari kita kaji, apa sebenarnya khasiat yang terdapat pada sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu..

timun ada pelbagai khasiat & penawar. kebanyakan orang suka memakannya kerana ia dianggap dapat menyejukkan badan. sebenarnya, timun kaya dengan kandungan mineral. ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & vitamin c.

berdasarkan kandungannya, tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab kepada beberapa jenis penyakit. yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali di dalam darah kita.

jika mengalami sembelit, ia dapat diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari. kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. jika jus dicampurkan dengan perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik & artritis. bijinya pula kaya potasium. cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan membuang air kecil.

baca lagi di sini..


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
jangan khayal dengan kenyataan 'nasi itu ibarat racun', tetapi marilah manfaatkan khasiat yang terkandung pada timun / mentimun. ayuh amalkan minuman jus timun / timun susu. wassalam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails