qasidah al-burdah..

Isnin, April 13, 2009

Qosidah ini merupakan tulisan Imam Al-Busairi. Beliau menulis qosidah ini pada abad ke 7 Hijrah.



Apa yang menarik menurut sejarahnya, semasa menulis itu beliau sedang menghadapi sakit lumpuh yang amat tenat sehinggakan tiada doktor yang mampu merawatnya lagi.

Lalu dengan hati gundah gulana dan pasrah, beliau menulis qosidah sebanyak 169 bait tersebut.

Diceritakan, sebaik beliau selesai menulis qosidah tersebut, beliau bermimpi didatangi oleh Rasulullah yang mengusap tubuh beliau dan menyelimutkannya dengan selimut baginda.

Sebaik sahaja tersedar daripada mimpinya, Imam Al Busairi mendapati dirinya sudah sembuh sepenuhnya. Langsung tidak terdapat tanda-tanda kelumpuhan pernah berlaku ke atas diri beliau.

Maka beliau namakan qosidah ini dengan nama Qosidah al-Burdah (bermakna selimut).


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
moga ALLAH memberikan hidayah, petunjuk, kekuatan dan istiqamah kepada kita semua dalam mengharungi hidup sebagai hambaNya di akhir zaman fitan ini. perkenankanlah ya Allah.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails