tahniah buat nik!

Ahad, Mac 15, 2009

tahniah sayaseekorarnab ucapkan kepada adik nik nor madihah nik kamal atas kejayaan ini. anda telah menambah bukti bahawa pelajar agama mampu bersaing dalam bidang akademik, tidak sebagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang sering memperlekehkan sekolah-sekolah agama. mudah-mudahan anda menjadi contoh kepada generasi ke depan nanti, insya-allah.


sedikit info ringkas ;

pelajar maahad muhammadi perempuan, nik nor madihah nik mohamad kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik spm 2008 peringkat kebangsaan.

anak nelayan dari kampung sabak, pengkalan chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota exco kerajaan negeri, ustaz mohd amar abdullah di sekolah tersebut hari ini. dengan keputusan itu nik nur madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di kelantan dalam peperiksaan terbabit.

difahamkan pegawai jpn melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai yik yang datang mengambil keputusan tersebut. "tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar maahad muhammadi perempuan. apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

mohd amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan. "namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.


kesimpulan dari sayaseekorarnab ;
terbukti bahawa islam tidak pernah melahirkan umat yang jumud. sesungguhnya ilmu, iman dan amal adalah kesatuan yang tak terpisahkan!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails