siapa tidak kenal dengan ketua menteri melaka, datuk seri mohd ali rustam. berikut merupakan antara sejarah yang pernah diukirnya pada 8 tahun yang lalu.

MELAKA, 6 April 2000 (Bernama) - Kerajaan negeri Melaka telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata surat pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak syarikat milik agensi kerajaan negeri.
"Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan tidak rasmi seperti melancong atau berziarah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh agensi kerajaan negeri Melaka.
nota dari sayaseekorarnab ;
ketua menteri melaka telah pun menarik balik larangan melawat kelantan ke atas kakitangan awam kerajaan negeri melaka pada bulan disember 2008. wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan