jangan terlalu bijak?

Sabtu, Mei 30, 2009

Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan..



ulasan Dato' Mahfuz Omar berbunyi begini..


"Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa. Berapa kerat sangat mereka yang mengambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang berupaya dapat 20 A. Tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang berjaya.

Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 subjek.

Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 subjek kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya.

Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek.

Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya."


nota dari sayaseekorarnab ;
sesungguhnya Islam adalah agama yang menghargai ilmu pengetahuan. wassalam..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails